Perasan tak, duhai rakan-rakan facebook Mia? Mia dah mula update status facebook melalui Mialiana.Com. Comel tak? Secara tidak langsung ianya juga dapat mempromosikan blog kita kepada rakan-rakan facebook yang lain.

Macam mana pula ya Mia boleh tahu ni? Hah! Kalau nak tahu, belajar dengan blogger ni, Feroz. Dia yang ajar Mia melalui chatting di facebook dan di blognya. Sila klik SINI untuk lihat tutorialnya.




klik pada gambar untuk besarkan

Mia buat aplikasi facebook Status Update Application dan namakannya Mialiana.Com dalam Application Name. Nak namakan lain-lain pun boleh juga, ikut suka kita. Agak cerewet sedikit nak buatnya. Siap kena ada confirmation code lagi melalui handphone. Bila dah siap.. akan keluar ikon ini, di dalam Home facebook kita.

Inilah hasilnya... Terus dah boleh guna untuk update status facebook..

klik pada gambar untuk besarkan

Selamat mencuba....

p/s: kalau Feroz tak beritahu, confirm Mia tak buat lagi sampai sekarang.... terima kasih ya...