Layout Blog telah ditukar daripada 3 column menjadi 2 column. Banyak widget yang telah Mia keluarkan. Fiuhhh... Pening juga nak pilih yang mana satu. Bayangkan dah lama betul Mia gunakan 3 column, sampai tak perasan banyak betul widget yang Mia letak.

klik pada gambar untuk besarkan

Memandangkan sekarang ini sedang dalam proses meringankan blog, jadi Mia tukar terus kepada 2 column. Lagi simple, kemas dan teratur. Nak loading pun mungkin cepat sedikit berbanding dengan 3 column. Bila dah jadi 2 column, sebelah kiri Mia gunakan untuk entri blog dan sebelah kanan untuk widget dan iklan.

Harap anda semua suka dengan perubahan ini.

p/s: lepas ni baru fokus nak buat banner gift untuk blogger-bloger yang bertuah di dalam entri INI.