Selain daripada Sate, Soto nasi juga adalah menu kegemaran Mia sekeluarga. Teringat masakan ayah Mia. Kalau masak, memang sedap. Habis licin kami adik-beradik dan menantu bila makan ramai-ramai di kampung.

Sofea paling suka nasi impit, kalau dia makan boleh habis 6-7 ketul. Suami Mia pula kalau makan, nak yang mee hoon soto dan wajib ada bergedil. Itu memang kesukaannya ditambah pula dengan sambal kicap. Memang berselera betul. Siap tambah lagi.

Mia memang suka soto nasi, nak-nak masa ngandungkan Sofea dulu, makan soto nasi dan tomyam sampai tak jemu-jemu.

Gambar masa makan di warung depan Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah (TUTA). zassss...



Boleh dimakan bila-bila sahaja. Pagi, tengahari, petang ataupun malam...

p/s: kalau kat rumah ni, Suami Mia yang tolong masakkan....