Semak Pengiktirafan Kelayakan (Qualification Accreditation) di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Secara Online

Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) yang Mia ada ini memang diiktiraf kelayakannya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Mula-mula masa Mia nak belajar pada tahun 2008 di Open University Malaysia (OUM), Mia dah semak dahulu. Kalau tak diiktiraf, tidak boleh mendapatkan pekerjaan dalam sektor kerajaan.

Untuk menyemak pengiktirafan kelayakan secara online, sila klik SINI untuk buka eSISRAF - Sistem Pengiktirafan Kelayakan. Kemudian masukkan butiran yang dikehendaki dan klik butang Cari.

Updated Info terkini :
Sebelum 1 Januari 2017, kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan boleh dirujuk melalui Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf). http://www2.mqa.gov.my/esisraf.

Bermula 1 Januari 2017, rujukan boleh dibuat di Daftar Kelayakan Malaysia (MQR).

Pengesahan kelayakan individu bagi program dalam dan luar negara tidak akan dilaksanakan oleh MQA. Maklumat mengenai sesuatu kelayakan boleh diperolehi dengan menyemak dan mencetak dari
eSisraf: http://www2.mqa.gov.my/esisraf atau MQR: http://www2.mqa.gov.my/mqr

Jom tengok... sila klik pada gambar untuk besarkan...




Leganya Mia, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) oleh Open University Malaysia diiktiraf dan kepada sesiapa yang cuba cari tetapi tiada dalam senarai kelayakan bermaksud kelulusan anda tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

p/s: kalau kelulusan tak diiktiraf terpaksalah kerja di sektor swasta...