Semua blogger tentunya akan tiba di suatu masa, keadaan di mana tiba-tiba tidak ada idea untuk update blog. Bukan senang nak update setiap hari. Bila bangun pagi sahaja, terus terfikir nak update apa ya hari ini? Bila mood malas menjelma, memang lambatlah nak dapat idea atau ilham. Harus atasinya dengan segera supaya blog tidak bersarang.

Apa yang Mia buat ialah bila Mia dah kering idea, Mia akan tengok apa yang ada di sekeliling Mia. Selepas itu, ambil gambar beberapa kali dengan sudut yang berlainan dan kemudian masukkan ke dalam blog. Kemudian, karang apa-apa yang dirasakan perlu. Mungkin kenangan, kesukaan, kebencian, pendapat, luahan hati, tips dan lain-lain tentang gambar yang kita ambil itu. Tak pun review blog orang lain, review blog follower ke... buat segmen ke.... Apa-apa sahajalah.  Biarlah apa orang nak kata, tapi yang penting blog mesti update. Kadang-kadang ada juga entri merapu dan meroyan...

Kekerapan? Paling tidak pun 1 kali sehari, Mia akan update blog demi menjaga hati pengunjung dan mengekalkan trafik ke blog ini. Sibuk macam mana pun, Mia tetap akan update blog. Kalau ada kursus, bengkel atau outstation, selalunya Mia akan sediakan entri-entri secara autopost terlebih dahulu. Jadinya, blog akan sentiasa update walaupun Mia sibuk dan tiada masa nak mengadap internet.

p/s: jadi blogger ni kena aktif dan kreatif...