Bila Dah Terbiasa Bangun Awal Pagi Untuk Belajar

Rutin kehidupan seharian Mia selama 4 tahun pengajian di Open University Malaysia (OUM) memang setiap hari bangun awal pagi. Selalunya jam 4.30 pagi ataupun 5.00 pagi. Bangun awal pagi untuk belajar. Bagus kalau bangun awal pagi dan terus belajar. Otak sangat segar dan mudah faham apa yang dipelajari. Percayalah walaupun belajar hanya tak sampai 2 jam, tapi kita mampu mengingati apa yang kita belajar. Itulah rahsia utama Mia dalam pelajaran.

Sekarang ini, bila dah habis belajar, konon-konon nak bangun pukul 6.00 pagi. Set jam loceng pukul 6.00 pagi tetapi secara automatik akan terbangun sebelum 5.00 pagi. Alahai, tak seronoknya tidur walaupun tidur lambat jam 1.00 pagi pun boleh terbangun awal. Inilah akibatnya bila dah terbiasa bangun awal pagi untuk belajar. Terus tension, nak tidur balik pun bukannya apa risau..  takut tak terbangun pula.

Mia sekarang ini dalam proses menukar balik tidur kepada yang asal. Tapi setakat ini dah sebulan pun masih belum berjaya lagi. Cuba lagi perlahan-lahan. Jangan putus asa. Kuatkan semangat.

Bila dah terbangun pagi ni, macam-macam dibuatnya. Sama ada cuci kain, basuh pinggan mangkuk (kalau ada), gosok baju. Itu sahajalah. Kemudian ngadap laptop dan update blog.

p/s: Tiba-tiba rasa rindu pula seperti nak belajar semula. Boleh ke nak sambung belajar lagi ni? Hmmm... tengok dululah macam mana ya...