DiGi WWWOW Awards 2012 : Mia Liana Tidak Berjaya Ke Top 5 Nuffnang Blogger Of The Year

Sebenarnya, dalam tempoh seminggu ini dah ramai sangat tanya Mia sama ada dapat emel jemputan untuk malam penganugerahan DiGi WWWOW Awards 2012 pada 9 Jun 2012 nanti. Mia pun tertunggu-tunggu juga, memandangkan ada yang dah dapat emel jemputan. Di saat ini, Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang Mia. Baik di kalangan blogger mahupun rakan-rakan di Facebook dan Twitter. Terharunya. Setiap hari tanya Mia, dapat ke tak?

Terus-terang Mia katakan yang Mia telah berusaha yang terbaik di dalam DiGi WWWOW Awards 2012 bersama-sama dengan peserta dan sponsor kempen. Setelah Mia ajukan pertanyaan kepada pihak penganjur, inilah jawapan yang Mia terima...


klik pada gambar untuk besarkan

Mia tidak berjaya untuk sampai ke Top 5. Mia hanya berjaya sampai ke Top 10 Nuffnang Blogger Of The Year. Walaubagaimanapun, Mia terima dengan hati yang terbuka dan ini tidak melemahkan semangat Mia untuk terus menulis di dalam blog. Berkongsi pengalaman hidup dan apa sahaja yang dirasakan perlu. 

Di sini, Mia nak ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang memberikan komitmen padu dengan mengundi Mialiana.com setiap hari semasa sesi pengundian tempohari. Mia amat hargainya dan bukan senang untuk mendapat pengundi yang tetap setiap hari sehingga mendapat rank No 2. Keputusan pengadil adalah muktamad dan hanya melayakkan Mia sehingga ke Top 10 sahaja. Apa yang berlaku ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya. 

Dengan ini genaplah sudah, 2 tahun Mia memasuki contest DiGi WWWOW Awards. Rasanya sudah cukup bagi Mia berkecimpung dalam contest ini. Kalau ada lagi DiGi WWWOW Awards pada tahun depan, Mia tidak akan masuk lagi dan akan bagi peluang kepada blogger lain pula.



Promo Badge

Vote Me Everyday
23 April - 13 May 2012

Rank After Voting Session Ended : No. 2

How To Vote/Cara Mengundi
Click HERE/SINI

Video Promo


Dengar Suara Mia Liana
untuk GomoFM
untuk SenyumFM

Iklan Komersial Di SenyumFM
Klik SINI

Senarai Entri Peserta Kempen Untuk Sponsor
Klik SINI

Peserta Kempen
1.Deejay Kak Pah
2.Deejay Rafina Mimi
3.Hawau
4.Damião Carlos
5.Aiman
6.Mr. Cool & Mrs. Kepoh
7.Mr. E'raz
8.Razif Mokji
9.Syuhada
10.Mama Tunz
11.Scarlett O'Hara
12.Mrs Adam
13.Wanzi
14.eLLa n aLia
15.Azmi Khan
16.kutoOobambOo
17.Ummi Anum
18.Cik Adieb
19.Mimey Eidah
20.IsmailDotCom
21.Bajonz
22.English Tips
23.Zulfakar

Sponsor
D'Qalesya Boutique (FB Page)
RSFG DCM (FB Page)
SenyumFM
GomoFM
Manchester United Arctic Ice Fan Club (FB Page)

Full Support From
Open University Malaysia
(FB Page)

KizMySelf
OhSensasi Breaking News


p/s: syukur, tahun ini Mia dapat ramai kawan yang sporting dan sponsor yang baik hati.... sayang anda semua ketat-ketat...