Lempeng... sedapnya. Sekali sekala pekena lempeng pun apa salahnya. Kebiasaannya, lempeng adalah hidangan untuk sarapan pagi. Tapi boleh juga untuk santapan tengahari, petang atau pun malam.

Nak masak lempeng ini mudah sahaja. Bagi mereka yang tak tahu memasak pun boleh buat. Cuba tengok kat dapur tu ada tak tepung gandum dan garam? Kalau ada, jom kita masak. Cuma 3 sahaja bahan yang diperlukan iaitu tepung gandum, air dan garam. Gaulkan tepung gandum dengan air secukupnya dan masukkan sedikit garam. Gaul sehingga rata dan tiada ketulan tepung lagi. Kemudian, masukkan minyak sedikit ke dalam kuali. Dalam gambar di bawah, Mia lebih suka guna frying pan. Gunakan api yang sederhana. Tuangkan ke dalam kuali dan ratakan. Bila dah masak, terbalikkan lempeng tersebut.






Selalunya Mia akan masak lempeng garing-garing. Suami Mia memang suka yang garing. Sofea pun suka lempeng. Sekeping pun tak cukup. Boleh dimakan begitu sahaja. Lebih sedap jika dimakan bersama sos cili, gula, sambal tumis atau pun sambal kicap. Ikut suka dan selera masing-masing.

p/s: kenyang perut bila makan lempeng....