Memohon Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41 Melalui SPA

Pagi-pagi lagi, Mia memang akan terbangun awal. Mia terus membuat pendaftaran permohonan Jawatan SPA di Portal Rasmi SPA. Alhamdulillah, selesai juga Mia isi Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

klik pada gambar untuk besarkan

Maklumlah dah lama betul tak isi borang ini. Mia pun isikan semua maklumat yang dikehendaki. Jawatan yang Mia pohon ialah Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 berdasarkan kepada kelulusan Bachelor of Information Technology with Honours Open University Malaysia dengan CGPA 3.80.

Tak tahulah boleh dapat ke tidak ni sebab sudah tentu ramai yang mohon jawatan di sektor kerajaan. Cuba dulu tengok macam mana. Pada masa yang sama Mia pun cari-cari juga jawatan kosong di Pihak Berkuasa Tempatan atau agensi lain di kawasan Johor.

Di pejabat Mia, LPNM tiada jawatan kosong untuk Pegawai Teknologi Maklumat F41. Jawatan yang ada pun cuma 1 dan telah pun diisi. Jadi, untuk memohon kenaikan pangkat dari Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 ke Pegawai Teknologi Maklumat F41, hendaklah cari di tempat lain. Sayang betul nak tinggalkan LPNM, tapi apa boleh buat, demi peningkatan kerjaya Mia, terpaksalah mohon jawatan yang lebih tinggi di tempat lain.

Kalau sesiapa tahu ada jawatan kosong untuk Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di mana-mana agensi kerajaan, harap maklumkan pada Mia ya.. Terima kasih Mia ucapkan...

p/s: dah mula sibuk cari jawatan kosong di merata tempat.....