Kelmarin balik-balik kerja sahaja ada satu surat daripada TNB. Katanya, pihak TNB sedang dalam proses untuk mengganti meter lama yang sudah melebihi 15 tahun dan pemasangan hendak dibuat pada hari semalam.

Jadi, semalam Mia terpaksalah ambil cuti nak tunggu rumah... berdua dengan Sofea. Tunggu punya tunggu kontraktor TNB sampai dalam jam 11.35 pagi. Banyak rumah rupanya. Sekejap pula dipasangnya meter elektrik digital yang baru ni. 

Jom tengok... zasss...







Ingatkan tukar sekali dengan papan dan fius lama tu, rupanya cuma tukar meter sahaja. Kata orang kalau dah tukar meter elektrik yang digital ni, bil akan naik sedikit daripada biasa. Tak tahulah betul ke tak...

p/s: baru tahu meter elektrik lama ni dah lebih 15 tahun....