Umur Sofea pun dah nak hampir 3 tahun pada bulan Ogos nanti. Dah tiba masanya untuk tukar susu lain. Asyik nak coklat sahaja. Kalau minum susu, dah pandai minta campurkan milo sedikit. Dah jemu la tu.

Jadi, minggu lepas Mia cuba tukarkan susu Sofea daripada Bio-Lac kepada Examo Junior yang berperisa coklat. Mula-mula, Sofea ada muntah-muntah sedikit selepas minum susu baru. Kemudian, dah nak hampir seminggu, baru sesuai dengan susu baru dan tidak muntah lagi.

Susu-susu ini adalah produk keluaran Era Edar Marketing dan sangat sesuai dengan Sofea. Perkembangan Sofea memang memberansangkan, aktif dan cergas. Pandai berfikir secara logikal dan analitikal. Kadang-kadang tak terfikir pun dia boleh buat sesuatu tanpa kita duga. Memang peramah sangat. Kalau tak faham, asyik tanya sampai dapat jawapan yang memuaskan hati dia baru dia diam. 

Susu baru Sofea, Examo Junior berperisa coklat...



Susu lama Sofea dari sejak lahir sehingga minggu lepas, Bio-Lac..

p/s: sentiasa nakkan yang terbaik untuk Sofea...