Malam tadi Mia dan Lela makan di Kampung Baru Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam. Perut pun meminta untuk diisi.

Lebih suka pada masakan ala-ala kampung. Menu makan malam tadi nasi putih dengan sup daging dan telur dadar. Mia minum air epal, Lela pula minum teh o.




Selepas habis makan, ada pula seorang peniaga menaiki motor menjual aiskrim pulut berhenti berdekatan dengan kami. Terpaut dengan nama aiskrim pulut dan kami perhatikan, ramai pula yang membeli. Harganya RM 2.00. Teringin nak merasa, terus pergi membeli.




Kali pertama cuba rasa. Rasanya ada kelainan dan unik sedikit. Tekstur aiskrim sangat lembut. Memang sedap. Mula-mula peniaga ini bubuh aiskrim, pulut, aiskrim, susu cair dan akhir sekali tabur kacang di dalam cawan plastik.

Banyaknya makan.. terasa kenyang betul malam tadi..

3 hari jadi orang KL.... Ada kursus di sini...

posted from Bloggeroid