Dalam usaha mengekalkan misi untuk konsisten berblog, sudah semestinya kita sebagai blogger sentiasa terfikir untuk membuat entri autopublish. Betul kan? Contoh seperti Mia. Mia cuba tetapkan untuk update 4 entri sehari sebagai kekerapan update blog yang sesuai untuk Mia.

Seperti yang Mia katakan tadi bukan senang untuk maintain update blog 4 entri sehari walaupun kebanyakannya Mia lebih selesa update secara mobile. Lebih-lebih lagi apabila ianya perlulah konsisten setiap hari. Kalau dah betul-betul sibuk, memang tak boleh buat apa, update yang termampu sajalah.

Kalau tak dapat buat entri autopublish sudah tentunya Mia akan buat entri backdated. Mungkin ada sesetengah blogger memandang remeh perkara ini. Terpulanglah. Tapi bagi Mia ianya amat penting demi memastikan misi untuk update blog tercapai. Dah namanya blogger personal, tentulah akan berkongsi cerita tentang kehidupan sendiri atau apa sahaja yang dirasakan perlu. Blog adalah segalanya. Sebab itu Mia lebih selesa dengan niche blogger personal.

Kaedah membuat entri backdated lebih kurang sama dengan buat entri autopublish cuma di ruangan tarikh dan masa sahaja yang kita backdated maksudnya tarikhnya kita ke belakangkan. Contohnya sepatutnya Mia perlu update satu lagi entri sebelum tengah malam tadi tapi entah macam mana tidak sempat nak buat entri autopublish sebelum tidur. Faham-faham sajalah bila dah ada di rumah, komitmen keluarga itu lebih utama. Sedar-sedar bangun awal pagi ni, barulah sempat nak buat entri tu dan Mia backdated kan ke tarikh semalam jam 11.59 malam. Entri itu ada di SINI.


Mungkin rasa entri ini macam tidak fresh atau segar maklumlah sebab di backdated tetapi sekurang-kurangnya boleh juga memenuhi misi untuk konsisten update blog. 

Itulah lumrah dan hakikatnya menjadi blogger separuh masa, terkadang ada juga kekangan masa dan komitmen lain. Bukan boleh menghadap blog 24 jam. Sebab itulah ada pilihan untuk update blog secara terus, autopublish atau pun backdated.

Selamat berblog secara konsisten.... (^_^)

pentingnya entri backdated...