Pentingnya Entri Autopublish Bagi Mia

Dalam usaha memastikan pengeluaran entri yang konsisten di blog ini, amat penting bagi Mia untuk buat entri autopublish di mana Mia akan tetapkan tarikh dan masa untuk entri dipaparkan ke dalam blog.


klik pada gambar untuk besarkan

Nampak tak kat dashboard blogger ruangan Post, mana-mana entri yang telah ditetapkan tarikh dan masa yang berkenaan akan keluar status Scheduled. Maksudnya ianya akan secara automatik terpapar mengikut yang kita jadualkan.

Mari Mia tunjukkan tutorial yang ringkas menunjukkan cara-cara nak tetapkan tarikh dan masa untuk entri. Sempat juga Mia printscreen semasa menaip entri ini.

klik pada gambar untuk besarkan

Perasan tak kat sebelah kanan masa kita menaip entri baru ada ruangan untuk Post Settings. Bila dah siap buat entri, sila pergi kat Schedule dan pilihlah Set Date and Time. Selepas siap, klik pada butang Done. Kemudian klik pada Preview untuk melihat rupa paparan entri. Selepas berpuas hati dan tiada perubahan dibuat, sila klik Publish.

Amat penting bagi Mia untuk buat entri-entri autopublish atau autpost ini kerana Mia pun ada komitmen lain bukan hanya blog sahaja. Sebagai blogger yang ada kerjaya dan keluarga memang masa amat mencemburui kita. Ruginya kalau tak guna kemudahan ini. Ternyata ia amat memudahkan di kala kita sibuk dengan hal-hal lain.

Sedang Berlangsung :

 perlu diingatkan di sini... blogger bukan 24 jam mengadap blog ya...

Post a Comment

55 Comments

  1. Ooohhh macam tu yang dikatakan 'entri autopublish'... Ingatkan setakt untuk buat sticky post jer pakai benda tu... ehehheh... kan? Whoahahahha... tu yg kata kena belajar banyak lagi tu... tq, tq... :D

    ReplyDelete
  2. saya pn baru tadi buat autopublish entri sbb ade bnyk entri yg dlm draf sbb bebrapa hari x dpt online.

    ReplyDelete
  3. kita pun buat benda yang sama..memudahkan kalau ada komitmen lain..

    ReplyDelete
  4. ye sis..kathy kadang kala ada buat juga..

    ReplyDelete
  5. betul tu...tak boleh nak mengadap blog 24 jam...sebab komitmen lain...

    ReplyDelete
  6. betul
    bukan 24 jam mengadap ehehehe kadang2 je hiks

    ReplyDelete
  7. saya pernah buat, tapi dia taknak ikut time yang saya buat. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikk camne boleh jadi gitu... setakat yang kak mia buat.. ok je...

      Delete
  8. dah lama xbuat auto bkn apa klo auto susah nk dpt view sbb xfemes..ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke? takde kaitan rasanya tu.. hazwan... hehehe

      Delete
  9. yes kak mia..itu yang saya selalu praktikkan sejak dulu lagi.

    ReplyDelete
  10. :)

    autopublish adalah satu cara yg terbaik untuk menberi blog kita sentiasa update entri terbaru..:)

    http://pemudattbc.blogspot.com/2014/01/hukum-pakai-jam-tangan-dalam-solat.html

    Jawapan daripada UAI(Ustaz Azhar Idrus)

    ReplyDelete
  11. selalu akak gunakan auto publish tu...

    ReplyDelete
  12. Dua tiga hari ni kiera rajin buat auto publish ni, sebab pagi2 tak boleh online , banyak kerja . heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. busy sangat la tu... autopublish memudahkan kan...

      Delete
  13. saya pun selalu jugak buat entry auto publish. :)

    ReplyDelete
  14. bru taw...tengs Kak Mia,sblm ne xt'fkir pn da bnda ne.blh la post2 ary2.hehehehehe

    ReplyDelete
  15. sokong kak mia! D buat juga autopublish sekali sekala tapi kalau takda stok tu kadang2 memang kering je takda idea.

    ReplyDelete
  16. Mmg pnting sbb x kn nk ngadap blog 24jam kn..

    ReplyDelete
  17. kak mia .. samalah kita .. wee .. selalu mmg buat mcm tu ja ..

    ReplyDelete
  18. Selalu jugak buat macam ni..biasanya buat time hari sibuk.

    ReplyDelete
  19. baru kita taw kak..selama nie tak ambik taw pun.thank's kak mia atas perkongsian

    ReplyDelete
  20. sy rajin jgk wut auto publish..tp sy perasan mcm xde share dkt +google..yeke ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... google+ tu kena buat sendiri bila dah online nanti...

      Delete
  21. Kalau sibuk, entry autopublish jadi pilihan..

    ReplyDelete
  22. ada kebaikan nya disitu.. tq kak for sharing.. :-)

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum mia...betul tu kekadang memang ada juga buat mcm tu senang setkan saja...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama... memang macam tu... senang skit kan...

      Delete
  24. sangat perlu especially tgh bercuti tu..barulah blog tak sunyi

    ReplyDelete
  25. itulah pentingnya autopublish. hihi nanti nak guna juga kalau dah masuk u . hihi

    ReplyDelete
  26. Saya biasanya taip entri pada hujung minggu.. autopublish hari minggu (maklumlah masih sekolah kan ^^")

    ReplyDelete