image Nak Buat Segmen Nak URL Blog #33 Esok - Mia Liana

Friday, 12 January 2018

# Segmen Nak URL Blog

Nak Buat Segmen Nak URL Blog #33 Esok




Wahhhhh... tak sabarnya Mia nak dapatkan senarai URL blog yang baru di siri yang ke #33 ini. Bolehlah Mia tahu, blogger mana yang aktif di awal tahun 2018.

Hmmm... Mia akan buat segmen ini esok. Diharap semua blogger dapat join dan berikan url blog masing-masing nanti ya. Lagi ramai lagi bagus. Boleh lah kita berkenalan sesama sendiri sambil berblogwalking. Kata orang, nak bertandang dah tahun baru ini.

Seperti biasa Mia akan pilih 2 blog sebagai pemenang dan akan dimasukkan ke bloglist Mia hingga ke segmen seterusnya. Untuk itu, Mia dah plan untuk buat segmen ini setiap bulan di bulan ganjil pada tahun ini. Macam mana, best tak? 

Selain itu, Mia nak bagi peluang pada blogger baru untuk mengetengahkan blog mereka dalam segmen. Jangan malu untuk join ya. Mana tahu boleh dapat ramai rakan blogger baru di sini.

Cara join segmen masih dikekalkan sehingga ke tahun ini. Tidak perlu buat entri. Hanya tinggalkan url blog di entri segmen.

Bookmark tarikh esok ya....

** jom kita bersegmen.....



4 comments: