Sofea Dah Pandai Guna Skype...
Mia Liana
9/30/2012 08:39:00 am
32 Comments
Memandangkan Sofea sekarang ini belajar tadika berdekatan dengan rumah keluarga Mia, kisahnya ada di SINI. Jadi Mia dan Suami Mia berhasrat nak guna Skype supaya dapat berhubung dengan Sofea dan nampak videonya sekali. Terubat rindu nanti.
Aktiviti petang semalam selepas siap memasang webcam di komputer Ayah Mia, Suami Mia ajar Sofea satu persatu cara-cara untuk gunakan Skype. Nak buat video call dan terima video call dengan lappy Mia. Nasib Sofea cepat faham dan dah ingat simbol-simbol yang harus diklik. Suka betul dia bila dah tahu cara nak guna Skype.
Paparan video Skype Sofea dari lappy Mia...zasssss
Boleh juga dipelbagaikan template video settings Skype yang berbeza. Setting dibuat di komputer Ayah Mia. Jadi, Mia dapatlah tengok video Sofea seperti di bawah ini...
template suratkhabar
template bingkai gambar
Inilah webcam yang baru Suami Mia beli pagi semalam untuk dipasang di komputer Ayah Mia. Comel benar rupanya. Siap built-in microphone.
p/s: jarak bukan penghalang untuk kami berhubung... sayangnya kat Sofea...