Pagi tadi Mia minum jus nanas dalam tin keluaran Lee Pineapple Co. Pte Ltd. Rezeki kat pejabat hari ni... alhamdulillah...
Sebenarnya sangat bagus untuk kita minum jus nanas setiap hari. Boleh maintain berat badan. Kaya dengan vitamin C.Banyak kelebihan nanas ini. Mia ada kongsikan sebelum ini di SINI dan SINI.
Kisah tengahari semalam... satu Unit ICT pergi makan lunch di Dulang Lima Cafe, Taman Perling Johor Bahru. Kali pertama makan di sini, cukup teruja dengan suasananya yang berkonsepkan ala-ala kampung dan nostalgia. Juadah menu makanan dihidangkan dalam dulang.
dulang asam pedas
dulang gulai lemak cili api
business card
selamat... licin semuanya...
Sedap tau... kenyang makan 6 orang. Minum dengan air asamboi. Alhamdulillah...
** aktiviti makan-makan sempena Ika, pelajar praktikal nak tamat latihan industri di Unit ICT...
To be honest with you, I don't have the words to make you feel better, but I do have the arms to give you a hug, ears to listen to whatever you want to talk about, and I have a heart; a heart that's aching to see you smile again.
Dari pukul 8.00 malam tadi, Sofea berlatih buat topeng muka haiwan kegemarannya iaitu kucing. Esok ada exam subjek dunia seni visual.
Jom tengok...
Punyalah teruja bila baru sahaja siap tadi, terus minta Mia snap gambr dia dan update ke blog. Sibuk tanya... cantik tak topeng Sofea? Untuk latihan malam ini, Sofea warna ala kadar saja. Esok masa exam baru warna dengan betul.
Wahhhh... bestnya. Namecard baru Mia dari blogger Uyul Rosli dah sampai. Nak tahu, macam mana Mia boleh dapat namecard ini secara percuma, kisahnya ada di SINI.
Hmmm... dengan ini bertambahlah koleksi namecard Mia sekarang dengan satu lagi design pertama tahun ini di SINI. Kegemaran Mia.. suka dengan design simple dan korporat.
It's a formula. If you have an 8 page paper due, you need to write roughly 16 paragraphs. If you write an intro paragraph and a conclusion, this leaves you 14 body paragraphs. Write 14 ideas that support your thesis, rearrange them to make natural thought process and before you know it, you have an 8 page well-structured essay.
Minggu ini minggu exam bagi sekolah rendah Sofea. Exam kali ini Sofea bersemangat nak study dan ulangkaji pelajaran kat rumah. Masa take 5 sekejap, sempat pula dia lukis gambar ini dan tampal kat dinding bilik.
Lukis Mia dan Sofea. Alahai comelnya. Guna magic pen. Ejaan mommy tu je yang silap dan dah beritahu Sofea.
Moga Sofea dapat jawab exam dengan betul dan tenang... amin...
Etsumell Susu Kambing Coklat Dengan Oat. Satu produk sunnah yang tidak asing lagi sekarang ini. Dengan rasa coklat dan campuran oat, memang sedap dan digemari ramai pelbagai umur. Lebih-lebih lagi golongan kanak-kanak. Ditambah pula dengan adanya oat, rasanya pasti mengenyangkan.
Mia dan Sofea mula minum susu Etsumell ini selepas Hari Raya Haji yang lepas. Apa yang jelas ketara ialah Mia rasa bertenaga sepanjang hari. Masih lagi bertenaga di dapur dan menguruskan rumahtangga selepas pulang dari kerja. Begitu juga dengan Sofea. Sofea suka sangat minum susu ini. Setiap pagi akan ingatkan Mia untuk buatkan susu coklat yang sedap. Aktiviti Sofea yang penuh dari sekolah pagi dan petang dan kemudian menghadiri kelas mengaji di sebelah malam, agak memenatkan. Selepas minum susu ini, Sofea tidak mengadu rasa letih dan penat selepas pulang dari kelas mengaji. Alhamdulillah... serasi dengan Mia dan Sofea.
Fakta Susu Kambing Bersifat Alkali
Susu kambing ianya bersifat ALKALI manakala susu lain bersifat ASIDIK, sebab itu kita tidak jumpa sabun susu lain atau mandian susu lain manakala susu kambing, kita akan temui sabun susu kambing, syampu susu kambing, mandian susu kambing dan bermacam alat solek yang berasaskan susu kambing kerana sifatnya yang ALKALI maka tidak merosakkan kulit manakal susu lain bersifat ASIDIK.
Susu Etsumell sangat sesuai untuk semua peringkat umur :
Kanak-kanak (2 tahun ke atas)
Wanita hamil / berpantang
Wanita menyusukan anak
Lelaki / wanita/ remaja / dewasa
Warga tua (50 tahun ke atas)
Apa istimewanya susu Etsumell ini dan apa kelebihannya? Pastinya ia bahan-bahan terpilih yang terbaik dan mempunyai khasiat yang tinggi.
Kandungan Susu Etsumell :
Oat
Pomegranate
Apricot Seed
Raisin
Black Seed
Manna Gum
Dates
Honey
Non Dairy Creamer
Kelebihan Susu Etsumell :
Membantu sistem penghadaman dan mengurangkan masalah sembelit
Meningkatkan antibodi dalam badan
Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan daya ingatan
Untuk ibu mengandung dan ibu menyusu ianya bertindak sebagai milk booster
Kandungan Oat dan Kurma menjadikan perut kenyang dengan lebih lama dan memberi tenaga tambahan
Kandungan DHA, kismis dan madu membantu dalam meningkatkan IQ dan EQ kanak-kanak
Oat juga membantu mengurangkan kolesterol, hipertensi dan mencegah diabetes
Testimoni Dari Pengguna Susu Etsumell :
Kepada yang berminat nak cuba susu Etsumell yang hebat ini, boleh hubungi :