Review #5 - Semakan Syarat Kelayakan Program IPTA : i-MAS-C-U
Mia Liana
3/31/2013 09:22:00 pm
26 Comments
Tahniah diucapkan kepada Cik Laili kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #2. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Cik Laili...
Semakan Syarat Kelayakan Program IPTA : i-MAS-C-U
Pengumuman keputusan SPM 2012 telahpun diketahui pada 21 Mac 2013. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM. Sudah tentu ibu bapa/penjaga, guru-guru serta sahabat handai bangga dengan kejayaan anda.
Di sini saya ingin kongsikan satu sistem yang membolehlah lepasan SPM dan STPM menyemak kelayakan yang ditawarkan di IPTA dan boleh digunakan sebagai panduan untuk memilih jurusan yang layak anda mohon semasa mengisi borang UPU online.
Sila semak di http://imascu.upu.mohe.gov.my
Selanjutnya, klik SINI untuk terjah.
Wahh... bagusnya bila ada sistem khas untuk menyemak kelayakan bagi semua program yang ditawarkan di semua IPTA seluruh Malaysia. Masa dahulu, tiada pula sistem seperti ini. Kena semak secara manual dan baca buku program yang ditawarkan. Mengambil masa yang agak lama. Sekarang, dengan sistem ini pelajar lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi KPM boleh ketahui dengan pantas sama ada layak atau tidak untuk memohon jurusan yang ditawarkan oleh IPTA berkenaan. Semoga berjaya menempatkan diri di IPTA nanti.
