Wahhhh.. seronoknya. Petang semalam Mia dapat emel Penghantaran Kemeja-T Bangkitlah Negaraku. Tempohari Mia ada sertai Bangkitlah Negaraku di entri SINI. Masa itu Mia isi saja butiran yang diperlukan. Tak sangka pula, boleh dapat t-shirt. Tak kisahlah kan.. lambat ke cepat. Rasa macam satu bonus kalau dapat t-shirt ni. Tentu ramai rakyat Malaysia yang isi borang online masa itu.
Bestnya.. nampak kat gambar, cantik t-shirt tu. Terujanya Mia. Bertambahlah koleksi t-shirt Mia selepas ini.
Tentu perasan, kan? Sekarang ini Mia dah semakin rajin update blog. Sebelum ini, Mia memang update blog setiap hari cuma kadang tidak menentu dan tidak berapa nak konsisten. Banyak juga entri yang di update backdated. Ada hari yang tiada update. Ada hari yang cuti dari blog.
Mia nak cuba update blog 4 entri sehari pada awal Januari 2018. Tetapi tidak kesampaian dek komitmen kerja di awal tahun. Idea nak update itu ada, tapi masanya itu yang tidak berapa nak cantik. Pengurusan masa agak tak menentu. Tiba-tiba ada itu. Tiba-tiba ada ini. Benda tak diduga timbul yang ianya bukan dalam perancangan Mia. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga diatasi. Syukur, masuk bulan Februari 2018 dah dapat catch up dengan momentum kerja tahun ini.
Dengan gembiranya, Mia nak update blog 4 entri sehari dan kekalkan momentum berblog ke tahap yang termampu termasuk Mia buat entri-entri autopublish mengikut tarikh dan masa yang Mia tetapkan. Jadinya.. pagi, tengahari, petang dan malam ada update dari Mia. Sweetnya... harap sangat dapat konsisten selepas ini.. yeahhh...
Nak update blog... Mood, idea dan semangat yang kental memainkan peranan penting. Kalau ada idea, tapi tak ada mood pun tak jalan juga. Kalau ada semangat yang kental, gigih nak update blog, sibuk macam mana pun tetap akan ada luangkan masa sedikit untuk update blog. Pokok pangkalnya hati. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kena ceriakan mood nanti akan dapat hasilkan entri blog yang positif. Banyakkan membaca untuk memantapkan skil kemahiran menulis.
Motif utama yang Mia nak sampaikan dalam entri ini sebenarnya... rajin-rajinlah update blog walaupun entri itu sekadar perkongsian maklumat ke.. entri santai-santai ke.. entri semasa ke.. entri sendiri ke.. tak kisahlah kan.. janji ada update blog.
Jangan biarkan pengunjung blog ternanti-nantikan update terkini dari kita. Jujurlah dengan mereka kerana merekalah yang support blog kita, bagi trafik kat blog kita.. tanpa mereka, tiada maknanya blog kita...
Menu tengahari Mia tadi. Tapau nasi lemak kerang kat warung area Desa Rahmat, lepas itu makan kat pejabat.
Jarang Mia nak makan kerang. Hari ini boleh nak makan ni pula. Kerang kaya dengan sumber protein, mineral dan vitamin. Zat besi dalam kerang boleh menambahkan darah dan kandungan Omega 3 boleh meningkatkan kesihatan jantung.
This healthy monounsaturated fat increases blood flow to the brain. That means more oxigen getting to those parts of your brain that help you to think and to remember details.
#4. Apples
Apple could have dementia-fighting qualities. Vitamin C is a known factor in the reduction of Alzheimer's.
#3. Dark Chocolate
Dark chocolate reduces inflammation and may help prevent oxidation in the brain, which is precursor to any neurological diseases.
#2. Green Tea
ECGC protects the brain. It lowers the amount of protein that builds up as plaque linked to memory loss and nerve damage.
#1. Blueberries
Nutrients packed in this berries help reverse age-related problem in the area of brain function, improve learning, motor skills and vision.
Petang-petang ini... Mia sajikan buah delima merah untuk kudapan Sofea. Favourite Mia dan Sofea. Sofea makan ni sejak dari dalam perut lagi. Masa mengandungkan dia sebiji buah delima merah setiap minggu. Stok tak putus sehingga melahirkan. (^_^)
Dah besar macam ni pun, masih favourite makan buah delima. Suka tengok Sofea makan.
** buah delima merah banyak khasiat dan kelebihannya...
Hmmm... dah nak habis guna CF-Rub Balm Tasneem ni. Bagus untuk melegakan batuk dan selsema. Tidur pun selesa dengan hidung yang tidak tersumbat. Puas hati gunanya. Sesuai untuk Sofea. Bakal restock tak lama lagi.
Join giveaway dari rakan blogger Ana Suhana. Tengok-tengok list peserta dah lebih seratus orang blogger yang join. Wahhh.. sambutan yang amat menggalakkan.
HADIAH : 5 orang pemenang akan mendapat sebuah Totebag bercorakkan travel (tempat-tempat menarik di dalam atau luar negara) dan sebatang pen perfume. Pemilihan pemenang akan di lakukan melalui sistem random.
Psttt... Mia dah lama follow ig Ana Suhana... (^_^)
Kepada yang nak join, bolehlah klik banner di atas. Tarikh tutup giveaway pada 28 Februari 2018.
Hampir setahun baru habis Mia minum madu tualang yang dibeli semasa Festival Layang-Layang Sedunia 2017 kat Pasir Gudang di SINI.
Mia minum setiap awal pagi satu sudu dicampurkan ke dalam secawan air suam. Lama juga dapat bertahan.
Mia baru restock dengan madu tualang + kelulut pula kali ni. Rasanya agak manis dan berserat. Beli dengan Cik Nah 2 minggu lepas semasa berurut dengan dia. Kebetulan dia baru restock banyak botol madu ni untuk anak-anak dia sekali. Mia pun beli sebotol je. Katanya stok madu ni datang dari Segamat. Mia ok je. Janji tak terputus bekalan stok madu Mia kat rumah ni.
Madu.. banyak khasiat dan kelebihannya. Kena jaga kesihatan. Usia bukan semakin muda.
Some information sharing that may be useful for beauty tips. Homemade face masks for all skin types.
Oily Skin
3 tbsp gram flour
1 tbsp plain, organic yogurt
1/2 tsp turmeric
Mix and apply to a clean face. Leave on for 30 minutes and rinse off. Repeat 2-3 times a week.
Dry Skin
1/2 ripe banana
1 tsp honey
Mash 1/2 ripe banana in a bowl and add in some honey. Leave on for 15-20 minutes and repeat 2-3 times a week for hydrated skin.
Acne Prone Skin
1 tbsp nutmeg powder
1 tsp honey
2 tbsp milk
Mix all ingredients together and apply to a clean face. Leave on for 30 minutes and massage off. Rinse with cold water and pat dry. Use 3 times a week to get rid of acne and prevent it.
Pigmented Skin
3 tbsp grated potato
1 tbsp powdered oats
1 tbsp honey
Mix all ingredients together and apply to clean skin. Leave on for 20 minutes and rinse off. Use 3 times a week to cure pigmented, uneven skin tone.
Aging Skin
1 tsp aloe vera gel
1 tsp honey
1 tsp coconut oil
Mix all ingredients together and apply to clean skin. Leave on for 30 minutes and rinse off. Use 3 times a week for best results.
Hmmm... sebenarnya kan... Mia ada bercadang nak buat segmen baru pada tahun 2018 ni. Tapi itu lah... takut tak ada sambutan dari kalangan rakan-rakan blogger.
Inilah aktiviti yang paling asas bila dah bergelar blogger. Kena rajin blogwalking. Memang kena blogwalking. Tak banyak, sikit pun jadi lah.
Ibarat kita datang melawat rumah kawan-kawan.. macam tu lah.
Tapi bila berblog separuh masa, Mia yakin ramai blogger yang tewas dek komitmen kerja, keluarga dan lain-lain lagi. Lebih-lebih lagi kalau kita ni bergelar ibu. Mia cukup kagum dengan blogger pangkat mak-mak ni kalau rajin blogwalking, pandai betul bahagikan masa.
Pokok pangkalnya, semasa Mia newbie dulu. Memang Mia peruntukkan masa untuk blogwalking hari-hari. Masa itu, baru lagi dan belum kenal dengan komuniti blogger kenalah rajin sedikit.
Dari aktiviti blogwalking lah.. kita boleh ramaikan kenalan blogger dan banyakkan follower. Tips dari Mia. Bila bertandang ke blog orang a.k.a blogwalking, jangan malu untuk tinggalkan jejak kat shoutbox dan ruangan komen entri blog tersebut. Support each other barulah orang suka kat kita. Kena mesra dan jangan sombong.
Psssstt... Mia ni sedang kumpulkan semangat untuk blogwalking lepas ni. Yeahhhh....
** hidup di dunia blog... kena rajin-rajin blogwalking....
Kisah tengahari tadi kat pejabat Mia. Ada event Majlis Apresiasi untuk majlis gilang-gemilang Sambutan LPNM 60 Tahun dan Fiesta Nanas. Ada Mia cerita kat SINI akhir tahun lepas. Kiranya ni macam majlis nak hargai staf yang terlibat. Bukan senang nak handle event besar. Semua staf kena bagi sokongan dan bekerjasama untuk menjayakannya.
Jadinya.. masa untuk makan....
Mia Liana of the day
geng satu meja
menu hari ini
Alhamdulillah.... syukur sangat dengan rezeki hari ini. Kenyang sampai ke malam.
Salam semua. Selamat malam dari Mia. Tentu perasan sejak akhir-akhir ini Mia update blog dengan entri ala-ala santai sebagai perkongsian. Banyak sebenarnya nak berceloteh kat dalam blog ni, namun kekangan masa amat mencemburui Mia.
Namun begitu, Mia gagahi juga untuk update blog walaupun terkadang buat backdated entri.
Bukan senang nak maintain trafik dan entri blog yang konsisten setiap hari. Perlu ada semangat yang kuat. Permulaan tirai 2018 diazamkam dengan harapan untuk mantapkan blog sedikit demi sedikit. Bermula dengan 2 entri setiap hari. Moga bertambah lagi kepada 4 entri macam dulu.
Blogger part time... nak ngadap blog kena pandai curi masa. Apa-apa pun Mia sangat sayang kat blog ni. Banyak sentimental value... Berblog seadanya... setermampu adanya...