Pengumuman Pemenang Segmen 12 Jam Bloglist #23
Mia Liana
10/31/2016 11:39:00 pm
22 Comments
Tibalah masanya untuk Mia umumkan pemenang bagi Segmen 12 Jam Bloglist #23 yang telah diadakan pada 23 Oktober 2016 di SINI. Alhamdulillah Mia telah selesai pun blogwalking ke semua blog peserta. Senarai peserta ada di SINI.
Buat kali pertama, Mia menggunakan random integer set generator untuk dapatkan nombor pemenang. Mia nak pilih 12 orang pemenang daripada 18 peserta.
Dan inilah hasilnya...
Sila rujuk nombor peserta masing-masing di SINI. Diucapkan tahniah kepada yang telah berjaya. Blog pemenang akan bertakhta di bloglist Mia untuk bulan November dan Disember 2016. Diharap agar semua pemenang dapat memasukkan blog Mia ke dalam bloglist masing-masing sebelum 7 November 2016. Kepada yang tidak berjaya usah berputus asa. Boleh cuba di segmen ini yang akan datang.
