Dah namanya cuti raya haji. Ramai juga yang buat kenduri kahwin pada hari kelmarin (Sabtu 26 September 2015). Ayah Mia ada jemputan kahwin kat Parit Kaspan Parit Raja. Kami pergi berlima dengan Adik Mia sebelum tengahari. Mia pakai sedondon dengan Sofea. Selepas tengahari, Mia dah nak balik Johor Bahru. Tak mahu balik lambat, takut jammed nanti. Hari Ahad dah start sekolah dan kerja.
Jom tengok... zassss..
Favourite Sofea ni... makan nasi minyak dengan ayam goreng atau ayam masak merah. Alhamdulillah, kenyang.
Hmmm... teringat kisah si arnab dengan kura-kura yang Sofea pernah ceritakan dalam pertandingan bercerita semasa tadika 4 tahun di rumah keluarga Mia. Sofea menang tempat pertama masa itu. Kisahnya ada di SINI.
Ni cerita haiwan peliharaan keluarga Mia di kampung. Kalau keluarga Mertua Mia bela kucing, keluarga Mia bela arnab dan kura-kura. Lain orang lain citarasanya.
Kat rumah family Mia ni, ada bela anak ayam satu reban. Yang menukangnya, Nabilah, adik Mia yang belajar ijazah sarjana muda di bidang peladangan kat UiTM Jasin, Melaka. Dia ada belajar kursus pendek penternakan ayam kat luar.
Makanya, teori yang telah dipelajari.. dipraktikkan kat rumah family Mia. Nak letak kat kebun rasanya tak sesuai, sebab anak ayam sangat sensitif. Bela kat depan rumah, 34 ekor anak ayam berusia antara dua minggu hingga dua bulan. Jenis spesies ayam.. ayam kampung asli, ayam bulu balik dan ayam gajah. Makanannya dedak halus campur jagung halus. Waktu malam, lampu dihidupkan untuk panaskan badan anak ayam.
Jom tengok...
Tak pasal-pasal raya haji ni, Sofea sibuk main anak ayam. Geli juga dia. Nak pegang anak ayam guna sarung tangan.
dah besar skit nanti akan dipindahkan ke reban yang lebih besar kat kebun...
Jangan sebut pelam kat rumah family Mia ni. Memang favourite sangat. Adik beradik Mia semua suka. Bukan yang perempuan saja, yang lelaki pun sama. Nak buat macamana... dah Mak Mia ngidam pelam muda masa mengandungkan kami semua.
Bila berkumpul semuanya masa raya haji ni, sekali ngadap pelam baik yang dah masak mahupun yang muda, memang licin terus. Makan begitu saja. Tak sempat nak cicah dengan sambal kicap ke.. bubuh asam ke...
Hantu pelam betul kami ni. Masa Mia mengandungkan Sofea pun menurun dari Mak Mia juga, ngidam pelam muda. Bestnya dapat makan mentah-mentah gitu je. Rasa puas...
Bagaimana Islam Mengajar Apabila Menghadapi Tekanan
Keimanan
Kembali kepada Allah melalui ibadah-ibadah fardu dan sunat lain. Pasakkan dalam diri dengan keyakinan bahawa Allah memberikan jalan keluar pada hambaNya yang meminta dan mengharap. Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila menghadapi masalah.
Tadabbur
Benar, kita tidak ada daya untuk melihat Allah, tetapi kita mempunyai bukti-bukti kebesaran Allah. Lihatlah alam yang terbentang luas. Memikirkan betapa Penyayangnya Allah apabila makhluk di dalam batu juga hidup, inikan manusia sebagai khalifah yang menadah tangan dan memohon bantuanNya.
Zikir
Allah S.W.T. berfirman dan bermaksud : "(Iaitu) orang yang berfirman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah hati akan menjadi tenang." (surah al-Ra'd 13:28)
Berimaginasi
Bayangkan keadaan syurga yang cukup indah. Ada sungai anak dan susu yang mengalir, dilayan dengan bidadari yang cantik, tiada sedih dan buruk sangka. Semuanya menggambarkan ketenangan. Fikirkan layakkah kita menjejaki ke sana? Bagaimana harus kita ke sana? Syurga boleh menjadi motivasi supaya lebih kuat untuk menghadapi tekanan hidup.
Berdoa
Beza antara orang Mukmin dan yang lain adalah senjata mereka yang dikenali sebagai doa. Doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah.
Hmm... sekarang ni kat ICT ada dua orang pelajar praktikal perempuan jurusan Diploma Teknologi Maklumat. Seorang bernama Siti dan seorang lagi bernama Sarah.
Jom tengok...
Sebelah Mia tu Siti. Pelajar dari Politeknik Mersing, menjalani latihan praktikal di sini dari bulan Jun hingga November 2015.
Sebelahnya Sarah (yang pakai spec) pula pelajar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Tempoh praktikal dari bulan September 2015 hingga Januari 2016.
Semoga dapat jalani latihan praktikal di sini dengan jayanya...
Comel-comel brooch ni. Hmm.. tengah blogwalking terjumpa mini giveaway dari blogger Sya Mimie. Mia baru nak join. Tengok-tengok dah ramai yang join. Tak kira.. nak juga nyelit kat situ.
Alhamdulillah... syukurnya Mia. Balik-balik saja tadi, tengok peti surat ada surat dari D'Apotic Pharmacy. Teruja nak buka cepat-cepat pastinya ada voucher kat dalam.
Bila dibuka.... wahhhh... bestnya dapat voucher RM12. Kali pertama dapat amaun yang sebesar ini. Mia ada cerita sebelum ini di SINI, dapat voucher RM3 dan RM7 pada bulan Mac 2015.