Beli Kasut Sekolah Sofea Di Plaza Angsana
Mia Liana
12/31/2013 10:19:00 pm
33 Comments
Balik kerja petang tadi terus beli kasut sekolah Sofea di Plaza Angsana, Johor Bahru. Happening betul. Maklumlah esok dah masuk tahun baru 2014.
Sampai-sampai terus pergi ke medan selera makan di tingkat atas sekali selepas itu baru turun ke kedai kasut Bata.
Jom tengok...
happy dapat kasut sekolah baru
kasut pilihan Sofea dengan kapur kasut
Leganya... dah dapat belikan kasut sekolah Sofea. Stokin pun beli juga. Kalau tak asyik bising bila nak belikan kasut baru dia. Tahun 2014 Sofea naik sekolah tadika 5 tahun.
