Mood Demam
Mia Liana
9/30/2017 06:30:00 pm
8 Comments
Majlis Ramah Mesra Kelompok Pengusaha Nanas Negeri Johor Bersama YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani di Kampung Parit Ghani Simpang Renggam Johor. YB Menteri telah berpeluang bersarapan bersama pekebun serta turun ke ladang bagi memetik buah dan menaiki 'ceketeng' ke pusat pengumpulan bagi melihat aktiviti penggredan sebelum buah dipasarkan. Seramai hampir 600 orang hadir ke majlis ini yang terdiri daripada para pekebun dan pengusaha nanas dari 19 buah kelompok di seluruh Johor di samping kehadiran masyarakat dan penduduk kampung setempat. Kelompok pengusaha nanas negeri Johor merupakan kelompok terbesar dalam negara, terdiri daripada 700 orang peserta dengan keluasan 2,024 hektar (5000 ekar). Kelompok pengusaha nanas Parit Ghani merupakan antara kelompok paling aktif, melibatkan 48 orang peserta dengan keluasan 86 hektar (212 ekar). - Fanpage LPNM