Nampaknya telah genap 7 hari selepas Mia buat pengumuman pemenang minggu lepas. Ternyata ada beberapa hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh tersebut walaupun Mia dah maklumkan di blog, fanpage, facebook dan google+.
Hadiah yang tidak dituntut ialah
1 x Tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
2 x Doodle bernilai RM 10 - telah dituntut (update pada 1/8/2013)
Ini bermakna 5 kali cabutan akan dibuat menggunakan random.org bagi peserta yang masih mengekalkan entri penyertaan di blog. Semakan akan dibuat dan senarai peserta terkini untuk cabutan bertuah kedua akan dimaklumkan kemudian.
Mana tahu, anda ada tuah kali ini... Good luck ya...
syukur.. kebanyakan pemenang dah dapat hadiah mereka daripada sponsor....
Bahang hari raya sudah terasa kini. Sibuk nak fikir bila nak cuti raya...
Kalau mengikut kalendar, cuti raya tahun ini jatuh pada hari Khamis dan Jumaat, 8 hingga 9 Julai 2013. Elok benarlah. Senang nak ambil cuti ni.
Hari ini baru mohon cuti raya, sehari sebelum raya dan sambung tiga hari pada minggu berikutnya. Ikutkan hati nak cuti lama-lama. Tapi baki cuti tahun ini dah tak banyak, nak kena simpan cuti untuk hal-hal penting dan emergency.
Wahhh... terasa teruja sangat Mia apabila diberi peluang untuk mencuba produk EPHYRA ini selama sebulan oleh www.oceanlife2u.com. Terima kasih banyak-banyak ya. Tidak sabar rasanya nak menunggu produk EPHYRA sampai ke rumah Mia hari Rabu ini... Bak kata orang pucuk dicita, ulam mendatang.... (^_^)
Apa itu EPHYRA?
Ephyra ialah sejenis minuman antioksida berasaskan kolagen, yang paling sedap, dalam bentuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia, (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi & Serbuk Tomato) yang boleh merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.
Risaunya... halal ke tidak ni?
EPHYRA terbukti halal oleh JAKIM dan selamat oleh KKM. Jangan bimbang EPHYRA dijamin sebagai produk yang selamat dan tidak membahayakan kesihatan.
Banyak betul produk kolagen di pasaran. Apa bezanya dengan EPHYRA?
EPHYRA menggunakan kolagen ikan laut dari jenis "white fish" yang hidup di laut dalam di mana ikan di perairan laut dalam adalah bebas daripada pencemaran.
EPHYRA menggunakan kolagen yang terhidrolisis. Kolagen terhidrolisis terdiri daripada pecahan asid amino yang kecil dan mudah diserap oleh badan.
Kolagen dalam Ephyra mudah diserap. Inilah yang patut diketahui oleh pengguna. Ramai yang mengambil kolagen tetapi lambat kesannya kerana faktor berat molekul kolagen yang tinggi mengakibatkan sukar untuk diserap. Berat molekul kolagen sesuatu jenama produk diukur dalam unit DALTON (Da). Semakin cepat diserap, semakin cepatlah nampak kesannya.
Saiz collagen EPHYRA = kurang dari 1500 Dalton, sangat mudah diserap oleh badan. Dengan minum EPHYRA kesannya boleh dilihat seawal 7 hari.
Kandungan kolagen EPHYRA adalah cukup untuk keperluan badan. Badan manusia tidak memerlukan kuantiti kolagen yang banyak sekali tetapi dengan kuantiti yang sedikit dan berterusan. Perlu diingatkan, pengambilan kolagen yang berlebihan akan memudaratkan buah pinggang.
Selain dari kecantikan kulit, ada lain lagi tak kelebihannya?
EPHYRA ialah skin supplement iaitu minuman tambahan untuk kecantikan kulit, malah ada banyak lagi manfaat lain selain kulit menjadi cerah dan anjal. Antaranya:-
Energy booster ~ Ramai pengguna yang beritahu, selepas minum EPHYRA, rasa penat menjadi kurang. Mereka yang mudah lesu memang akan nampak kesannya dan apabila balik kerja masih boleh meneruskan kerja-kerja rumahtangga.
Rambut kurang gugur ~ Kuatkan akar rambut, malah rambut baru banyak tumbuh. Ini terbukti kerana kolagen boleh menyuburkan dan menguatkan pertumbuhan rambut.
Sistem pembuangan menjadi lawas ~ membantu untuk mengawal berat badan. Ramai pengguna mengalami turun berat badan selepas minum EPHYRA
Kuku menjadi cantik dan bersinar ~ merawat masalah kuku yang mudah patah
Tumit merekah dan kering ~ masalah tumit dapat diatasi
Lingkaran hitam di bawah mata akan berkurangan ~ tona warna kulit akan lebih sekata
Mengurangkan sakit radang dan sendi lutut ~ Ramai yang sakit lutut apabila minum EPHYRA akan nampak kesannya dalam masa sebulan. Terutamanya kepada golongan warga tua, akan boleh berjalan laju dan menunaikan solat dengan mudah
Apa kata pengguna EPHYRA?
Tentu nak tahu juga testimonial dari pengguna EPHYRA dan lihat video-video lain di Youtube EPHYRA.
Promosi EPHYRA
Sempena Hari Raya Aidilfitri... kalau sebelum ini harga sekotak EPHYRA ialah RM 228, tetapisekarang hanya RM 197sekotak. Di dalamnya mengandungi 30 sachets (15 gram setiap sachet) untuk sebulan. Memang berbaloi..
Ada lagi.... Yang ini memang tidak sabar Mia nak beritahu. Promosi yang lagi berbaloi. Pengunjung blog ini boleh beli 2 kotak EPHYRA pada harga RM380 sahaja + FREE GIFT. Sila emelkan ke info@oceanlife2u.com dengan nyatakan nama blog ini, mialiana.com untuk dapatkan harga promosi ini.
Memang menarik, tertarik dan tergoda sungguh dengan EPHYRA ini, Jom cuba Ephyra dengan harga istimewa. Emelkan ke ephyra@mialiana.com atau whatsapp ke 0146118445.
Menu berbuka hari ini ialah murtabak daging. Lebih suka dimakan dengan sambal daripada kuahnya sendiri.
Kalau nak makan murtabak ini, kenalah berbuka di rumah mertua. Beli kat kawasan sini. Memang laris jualannya. Ramai suka sebab isinya banyak dan kuahnya pun sedap.
Kiranya popular betul. Pukul 5.30 petang masa beli tadi pun... rasanya dah tinggal sedikit. Nasib sempat beli...
Di sini Mia kongsikan masalah yang dihadapi oleh blogger Maria yang ingin membuat auto readmore untuk entri di blognya. Awal bulan Julai, Maria menghantar emel dan meminta bantuan Mia. Setelah mengikuti tutorial di SINI, ternyata Maria tidak berjaya.
Jom kita troubleshooting apakah penyebabnya dan cara untuk menyelesaikannya....
Template blog Maria ada 2 lokasi untuk tag data:post.body. Mia semak coding blog dan didapati Maria telah memasukkan coding auto readmore di lokasi yang pertama.
Lokasi kedua, ialah di baris 1614, pun perlu dimasukkan coding auto readmore yang sama juga.
lokasi kedua di baris 1614
coding auto readmore di masukkan
Auto readmore telah berjaya dihasilkan.
Mia tukarkan ayatnya kepada Baca Lagi di mana apabila diklik sahaja, entri akan dipaparkan sepenuhnya. Sekurang-kurangnya, Maria dah mencuba sendiri terlebih dahulu. Mia kagum dengan usaha Maria. Tidak mengapa, kita belajar dari kesilapan.
Entri ini adalah perkongsian untuk blogger baru sekiranya menghadapi masalah yang sama dengan Maria. Boleh mencuba cara-cara yang Mia tunjukkan di atas. Good luck..
Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang tidak putus-putus mengunjungi blog ini. Ternyata ranking Alexa blog ini masih lagi maintain di tahap yang selesa. Semuanya bergantung kepada kunjungan trafik yang konsisten ke blog ini. Tanpa anda, tiada maknalah blog ini.
Selama ini apabila ingin membuat kira-kira, kalkulator ada depan mata. Kat handphone memang ada kalkulator. Bayangkan kalau kita kira tanpa menggunakan kalkulator? Lebih-lebih lagi apabila mengira 4- 5 digit nombor. Tentu lambat, bukan? Kena kira dua tiga kali untuk semak jawapan sama ada betul ataupun tidak.
Hari ini Mia terasa betul-betul pentingnya kalkulator. Bayangkan menjawab soalan matematik untuk Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 tadi, tanpa menggunakan kalkulator. Jenuh juga kira selaju mungkin dengan anggaran satu soalan tidak sampai satu minit harus siap... Habis semua jari diguna... Ala-ala speedy gonzales. Nak fikir pun tak sempat.
Alhamdulillah.... Leganya Mia. Beban yang dipikul seminggu dua ini telah pun selesai. Pagi tadi Mia telah hadiri Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 dari jam 8.30 pagi sehinggalah 1.00 petang di Grand Paragon Hotel.
Ramai betul yang hadir. Mia jawab semua soalan dan masa memang tidak mencukupi. Kena jawab cepat-cepat dan tidak boleh ambil masa yang lama untuk jawab satu soalan. Ada juga soalan yang mengelirukan, kena pandai pilih jawapan yang terbaik.
Ini adalah kali kedua Mia hadiri peperiksaan SPA. Sebelum ini untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41.
Semasa di bawah lobi hotel, Mia bertemu dengan blogger Oshin. Itupun dia yang tegur Mia dulu. Minta maaf ya... Mia tidak berapa perasan sangat, dah ramai-ramai macam tu. Sempat juga kami bergambar....
Barulah boleh menarik nafas lega dan jiwa sudah kembali tenteram. Selepas ini, hanya perlu menunggu keputusannya saja...
Tahun ini dapat kad raya daripada blogger Shida lagi. Jauh datangnya, dari Ipoh, Perak. Rajin betul Shida buat kad raya sendiri. Cantiknya..... Terima kasih ya Shida...
Wahhh siap berpantun lagi Shida... Selamat hari raya... Maaf zahir dan batin daripada Mia sekeluarga. Terima kasih juga sudi menghargai persahabatan ini. Terharu sangat-sangat..... (^_^)
klik SINI untuk tengok kad raya Shida tahun lepas...
Setiap kali dah nak sampai hujung bulan, perkara yang memang sentiasa menjadi perhatian ialah status kuota pelan data yang tidak habis digunakan. Nak kata jimat... tidaklah jimat sangat. Mia baru guna 2.31 GB. Sempat lagi nak habiskan ni, ada masa beberapa lagi sebelum Ogos menjelma.
Pening nak habiskannya sedangkan orang-orang lain sentiasa tidak mencukupi. Malah ada yang menambah kuota pelan data lagi. Entri sebelum ini, SINI dan SINI.
Semakin lama, semakin banyak aplikasi mobile yang muncul saban hari. Sebagai pengguna internet yang tegar, tentulah patut mencuba menggunakannya. Aplikasi yang kini terhangat di kaca televisyen ialah Kakao Talk, free calls and text messaging. Pertama kali menggunakannya Mia cukup berkenan dengan fungsi Free Call, maksudnya panggilan percuma kepada rakan-rakan kita. ID Mia ada di entri SINI.
Memudahkan dan menjimatkan asalkan ada pelan data internet. Jemput tengok antara paparan printscreen dari handphone Mia...
paparan skrin pertama
senarai chat
Sesi meroyan dengan Kak Aida guna Free Call
Borak dan sembang dengan Kak Aida dan Kak Mazni guna Group Call
Senang sangat nak berhubung dengan Suami Mia, keluarga dan juga rakan-rakan. Semuanya sudah tersedia. Rugi kalau tidak mencuba...
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mia berusaha untuk belajar mana yang termampu. Susah hati dan risau pun ada juga ni. Walaupun sekadar membaca untuk tambahkan pengetahuan am tentang teknologi maklumat dan buat latihan matematik. Namun, hati ini cukup berdebar-debar...
Untuk makluman, Mia sediakan entri autopublish untuk hari esok dan lusa buat tatapan pengunjung blog ini yang dikasihi....
tolong doakan Mia ya.... tiba-tiba terasa macam nak pergi berperang je...
Wahhhhh... bestnya. Mia nak ucapkan tahniah kepada blogger Eraz yang kini dengan rasminya menjadi seorang ayah.
Isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan tengahari tadi. Alhamdulillah telah selamat semuanya. Semoga ibu dan anak sihat walafiat hendaknya.
Congratsss sangat-sangat pada Eraz.... tentu sibuk dengan kehadiran orang baru. Raya bertigalah tahun ni... (^_^)
Sukanya Mia...apabila semalam petang sebelum berbuka puasa Mia terima bungkusan GDEX. Memang lama sangat menanti ni. Terus cepat-cepat buka bungkusan ini.
Hadiah berupa Draw It Yourself Travel Mug yang sangat cute beserta set pensil warna. Paling terharu sekali apabila ada kata-kata madah Mia untuk contest dicetak dengan kreatif dan tertera pada mug ini. Syukur sangat-sangat...
Alhamdulillah.... ada beberapa orang pemenang telah pun menerima hadiah mereka pada hari ini daripada sponsor. Sukanya Mia...
Sejak keputusan pemenang Giveaway 10K Followers diumumkan semalam, sudah ada ramai pemenang yang melaporkan diri di fanpage Mia. Kepada yang belum, sila berbuat demikian dalam masa 7 hari selepas keputusan diumumkan. Butiran yang diperlukan hendaklah dilengkapkan dan Mia akan maklumkannya kepada sponsor yang berkenaan.
Mia lebih suka memilih cara seperti ini supaya proses tuntutan hadiah menjadi senang dan cepat. Ia juga boleh mengelakkan masalah yang mungkin akan timbul di antara sponsor dan pemenang.
Di harap semua sponsor yang dapat memberikan kerjasama sepenuhnya semasa proses tuntutan hadiah ini berlangsung. Terima kasih...
kali pertama melibatkan ramai sponsor.. risau juga ni...