Baucar Buku 1Malaysia
Mia Liana
1/31/2012 05:31:00 pm
33 Comments
Mia baru sahaja berkesempatan mengambil Baucar Buku 1Malaysia di pejabat OUM Johor pada Ahad lepas. Ada lagi student OUM yang belum ambil baucar ini.
Baucar Buku 1Malaysia yang diterima bernilai RM 200.00. Bestnya, boleh lah Mia beli buku programming untuk subjek Project semester ini. Syukur, alhamdulillah... terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang begitu prihatin terhadap keperluan pelajar.
Bila dibelek, di bahagian belakang baucar ini ada syarat-syarat yang dinyatakan iaitu
- Sahlaku baucar ini adalah sehingga 31/03/2012
- Baucar ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai
- Baucar ini tidak boleh ditukarmilik
- Baucar ini tidak sah jika tidak ada cop rasmi Sekolah/Kolej/Universiti
- Baucar ini adalah hakmilik Kerajaan Malaysia


p/s: jom kita beli buku....