Terlalu...terlalu... dan terlalu sangat
Mia Liana
3/28/2007 11:57:00 am
1 Comments

Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjaditidak teratur dan tidak menentu masanya.
Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotordari kebiasaannya.
Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.
Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.
Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.
Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)
Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda
Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif