Sedapnya Makan Chocolate Di Secret Recipe
Mia Liana
1/31/2011 07:55:00 pm
59 Comments

Kadang-kadang bila penat buat kerja, sesekali nak juga makan yang sedap-sedap. Tak boleh selalu, sekali sekala je. Kata orang boleh hilangkan tension. Tengahari Jumaat, 28 Januari 2011, Mia dan Lela lunch di Secret Recipe, Jaya Jusco Bukit Indah selepas selesai urusan membeli barang keperluan.
Chocolate? Memang favourite kami. Mula-mula masuk je, cepat-cepat tengok kek apa yang ada. Lela sangat sukakan Chocolate Indulgence Cake. Mia pula fanatic sangat kat Chocolate Moist Cake. Agak hampa sebab kek kegemaran tiada. Hmmm... bukan satu whole cake cuma makan 1 slice sahaja. Sukar nak buat pilihan, akhirnya Mia memilih Chocolate Royal Cake dan Lela pula Walnut Brownies. Kami berkongsi air minuman Ice Blended Chocolate.




Sebagai pencuci mulut, maklumlah semuanya chocolate, kami order french fries untuk hilangkan muak.

Nampak macam sedikit, tapi bila dah makan, terasa kenyang betul. Jumlah kos hampir RM 30.00. Memang sedap dan berbaloi. Selepas itu kami balik office dengan hati yang lega dan dah boleh buat kerja dengan tenang.
p/s: bilalah rasanya nak dating dengan suami berdua makan macam ni... rindu betullah saat macam ni dengan dia....