Baru balik dari cuti merdeka di Silka Hotel Johor Bahru. Kisahnya bakal di update kemudian. Entri ini hanya nak cerita tentang macam mana boleh terbeli hansaplast ni.
Al-kisahnya lutut Sofea terluka masa dah penat swimming tak nak naik-naik. Memang Mia jaga betul. Tapi tu lah. Bila dah penat dan macam letih terus luka sedikit di lututnya. Mungkin terhentak kat jubin lantai kolam kanak-kanak. Berdarah juga dan diberikan pertolongan cemas first-aid-kit oleh pihak hotel.
Lepas checkout, terus cepat-cepat pergi farmasi nak cari handyplast. Tengah mencari terjumpa pula yang ini, terus Mia berkenan. Masa kita kecil dulu, tak ada design handyplast yang comel-comel macam ini.
Dibelinya terus sekotak Hansaplast Disney Princess. Jenis plastik bukannya kain. Sesuai sangat untuk Sofea.
Wah... tentu tidak sabar bukan. Tibalah masanya untuk Mia umumkan pemenang Segmen 12 Jam Bloglist #10. Sebelum itu, sila rujuk nombor peserta di SINI.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyertai segmen ini. Kepada yang berjaya diminta untuk memasukkan blog ini ke dalam bloglist masing-masing sebelum atau pada 5 haribulan.
Dan pemenangnya ialah.... jeng.. jeng.. jeng...
Tahniah diucapkan...
kepada yang tidak berjaya, usaha lagi di segmen yang akan datang....
Ni kerja awal pagi tadi lah ni. Dok membelek blog. Lepas itu, bila timbang dah 112KB. Mulalah tangan ini gatal godek mana-mana yang patut untuk kuruskan blog.
Agak teruja bila nak tengok ranking Alexa sekarang ini, maklumlah semangat berblog sedang berkobar-kobar nak mengecilkan angka atas (global rank) dan bawah (rank in Malaysia). Konsisten dan rajin amat dikehendaki waktu sekarang ini... hihihihi berangan nak target bawah ranking 300 Alexa Malaysia.
Nak buat macam mana... jiwa ini dah sebati dengan blog. Nak kata pandai.. bukannya pakar blog. Untuk blog tersayang, apa saja boleh diturutkan... hmm... masih lagi belajar tentang blog.. huhuhu... blogwalking tetap tidak dilupakan.
Kalau Mia tak kerja.. Mia akan terbangun dalam pukul 4.30 pagi dan akan mengadap blog sehingga pukul 6.00 pagi. Dah macam waktu belajar pula. Otak terasa segar bila dah bangun.
Bila ngadap blog ni.. rasa relaks dan tenang aja. Terapi stres yang berkesan buat Mia. Baca komen-komen dari pengunjung, blogwalking, cari idea nak update apa untuk satu hari ni, buat entri autopost kalau rasa tak sempat nak update di siang hari nanti dan macam-macam lah boleh buat. Juga perancangan aktiviti untuk blog pun fikir pada masa ini. Berangan entah apa-apa.. Masa dalam satu jam atau satu jam setengah ini memang digunakan sepenuhnya.
Inilah rutin bagi seorang blogger separuh masa seperti Mia. Memang masa begitu mencemburui.
Sebenarnya kan... sejak Mia dah selesai didik Ainim dan Sally pada bulan Mei yang lepas, Mia rasa macam nak berehat sementara.
Tapi hati ini memberontak ingin mengintai perkembangan beberapa blog yang memikat hati Mia. Ada potensi untuk dikembangkan jika dapat dididik dengan betul. Setelah lama mengintai dengan perasaan macam nak.. ke tak nak... ke... nak jadikan protege. Takut lamaran ditolak. Tak pasti nak ambil seorang atau pun dua orang blogger. Masih dalam pertimbangan. Hari ini.. baru betul-betul terbuka hati Mia untuk ambil protege baru.
Tujuan Mia hanyalah untuk mendidik. Bila dah berjaya nanti, terpulanglah nak bawa haluan sendiri. Mia tak dapat apa-apa pun. Memang dah hasrat nak didik seikhlas hati.
Terus-terang Mia katakan yang Mia ini bukanlah otai atau pakar sangat dalam berblog. Sila jangan salah faham. Apa yang Mia didik berdasarkan pengalaman Mia dan ilmu yang ada di dada.
Ciri-ciri blogger yang dimaksudkan...
Perempuan
Anak dara
Ranking Alexa Malaysia > 2000
Mia cuma nak didik saja. Selebihnya kenalah bergantung pada diri sendiri.
Akhirnya.. selesai juga aktiviti blogwalking Mia ke Senarai Peserta Segmen Bloglist #10 di SINI. Ada juga pembetulan yang Mia dah buat kat senarai itu. Ada penyertaan yang tidak copy coding yang disediakan. Ada juga penyertaan yang dibuat selepas segmen ditutup.
Maka, dengan ini hanya ada 95 penyertaan akan dimasukkan dalam perkiraan random.org untuk memilih 12 sahaja yang bertuah.
Semoga berjaya..
nantikan keputusannya pada 31 Ogos 2014... tidak lama lagi... sabar ya...
Tengah ada mood rajin nak bersegmen ni. Segmen ketiga hari ini dianjurkan oleh blogger Farida. Mia baru je follow blog dia. Follower yang ke 19. Salam perkenalan ya...
Kepada yang rajin nak bersegmen, boleh lah join segmen ini. Kita support blogger baru ramai-ramai.