image 2021 - Mia Liana

Monday, 20 September 2021

Sunday, 19 September 2021

Suntikan Dos Kedua Vaksin Di Dewan Muafakat Johor Taman Adda

9/19/2021 12:25:00 pm 10 Comments
Sebelum ini Mia ada cerita kat SINI tentang suntikan dos pertama vaksin Mia. Selanjutnya, Mia dapat temujanji dos kedua vaksin pada Khamis 9 September 2021. Kali ini Mia datang lebih awal sedikit dan alhamdulillah cuaca pagi itu cantik dan tidak hujan. Mia tak pakai baju sejuk memandangkan baju yang Mia pakai dah tebal.

Sampai-sampai saja Mia terus masuk ke dalam Dewan Muafakat Johor, Taman Adda, Johor Bahru. Kad vaksin wajib dibawa. Mujur tak ramai orang jadi tak lah Mia nak menunggu lama.


Debar-debar juga nak suntik dos kedua vaksin Pfizer ini. Sebab rata-rata kata yang kedua kesan sampingannya lagi teruk. 


Menunggu masuk ke Laluan Dos 2. Dalam hati alangkahnya girangnya, tidak ramai orang macam masa nak dos pertama dulu. Terlupa nak snap nombor giliran Mia kali ini.


Menunggu di ruang sini sebelum masuk ke ruangan menunggu luar bilik suntikan.


Selesai disuntik. Pada masa ini, tangan kiri dah mula lenguh dan berat. Ada rasa denyut-denyut di tempat yang dicucuk. Rasanya dos kedua ini lagi kuat. Sebab masa yang dos pertama dulu, selepas suntik tiada rasa macam ini.


Menunggu nombor giliran dipanggil untuk ambil kad vaksin yang dah siap serta lihat update terkini dalam aplikasi MySejahtera.


Alhamdulillah. Selesai sudah urusan suntikan dos kedua vaksin di sini. Moga kita semua dilindungi. Masuk saja ke dalam kereta, cepat-cepat Mia telah panadol activfast dua biji. Sampai rumah, terus rehat dan tidak buat apa-apa kerja.


Sehingga ke entri ini ditulis, Mia dah sihat sepenuhnya. Kesan sampingan yang Mia alami selepas suntik dos kedua vaksin ialah mudah rasa penat dan badan rasa dedor. Suhu paling tinggi 38°C. Ada alami alergik gatal-gatal tetapi selepas makan ubat dah semakin pulih. Rasa syukur sangat. Jika dibandingkan dengan kesan selepas dos pertama, dos kedua kali ini tidak seteruk dos pertama. 



Saturday, 18 September 2021

Giveaway by Shida Radzuan

9/18/2021 09:32:00 pm 7 Comments
Mia join giveaway dari rakan blogger lama, Shida. Dah lama betul kami berkenalan masa mula-mula Mia berblog dulu. 


Apa yang Mia suka tentang blog Shida ni...
Blog Shida ini dari dulu sampailah sekarang mengekalkan tema warna biru yang sejuk mata memandang. Pengisian content blog yang bersahaja dan santai tapi padat dengan informasi.


Giveaway akan berakhir pada 2 Oktober 2021.


** sesi support rakan blogger...


Friday, 17 September 2021

Thursday, 16 September 2021

Cara Memasak Menggunakan Garam Iodin

9/16/2021 05:46:00 pm 0 Comments

01. Masak lauk kegemaran anda seperti biasa. Mulakan dengan bahan menumis, bahan-bahan masakan seperti sayur, ayam, ikan dan lain-lain.


02. Kemudian perasakan masakan dengan garam beriodin selepas mematikan api masakan.


03. Tutup masakan di dalam kuali atau bekas makanan sebagai langkah mengurangkan iodin meruap.



Tuesday, 14 September 2021

Monday, 13 September 2021

Panduan Pengawalan Asid Urik

9/13/2021 04:22:00 pm 0 Comments

01. Kawal berat badan dan sekiranya berat badan berlebihan, turunkan berat badan secara beransur-ansur kepada berat badan ideal.


02. Ambil makan berprotein secara sederhana dan kurangkan pengambilan lemak. Lemak yang tinggi dalam badan akan menghalang penyingkiran asid urik berlebihan melalui air kencing.


03. Kenalpasti makanan yang boleh mencetuskan sakit sendi gout (tanda urik asid berlebihan) seperti kekacang, daging merah, udang, ketam dan sebagainya.


04. Minum banyak air kosong untuk menggalakkan perkumuhan asid urik yang termendap dan mengelakkan pembentukan batu karang asid urik.


05. Amalkan pengambilan saderi dan beri juniper kerana ia merupakan gabungan herba yang terbukti dapat menghalang pembentukan asid urik dan menyingkirkannya dari tubuh badan.




Sunday, 12 September 2021

Cara Mudah Mencegah Serangan Gout

9/12/2021 06:14:00 pm 0 Comments

Nanas
Tinggi dengan bromelain dan vitamin C dapat kurangkan keradangan di sendi-sendi.


Kunyit
Curcumin yang boleh didapati dari kunyit boleh bantu kurangkan keradangan sendi.


Pegaga
Tinggi dengan pyhtochemical bantu proses menyahtoksik.


Cili
Kandungan vitamin A dan C dalam cili dapat bantu kurangkan keradangan sendi.


Lemon
Tinggi dengan kandungan vitamin C bantu proses menyahtoksik pesakit gout.


Halia
Komponen gingerol dan zingiberene dapat kurangkan keradangan sendi.


Saturday, 11 September 2021

Friday, 10 September 2021

Thursday, 9 September 2021

Punca Batu Karang

9/09/2021 08:31:00 pm 5 Comments

01. Kurang pengambilan air.


02. Makanan yang tinggi dengan lemak Omega 6.


03. Penyakit metabolik yang menyebabkan kalsium tinggi dalam badan.


04. Pengambilan garam yang tinggi.


05.  Pengambilan vitamin C secara berlebihan.




Wednesday, 8 September 2021

Vitamin D Benefits

9/08/2021 01:23:00 pm 1 Comments

01. Contributes to bones health.


02. Helps manage blood sugar levels.


03. Helps with concentration learning and memory.


04. Facilitates hormone regulation.


05. Enhances the immune system.


06. improves heart health.


07. Protect against cancer.


Tuesday, 7 September 2021

Kaedah Penyimpanan Garam Beriodin Di Rumah

9/07/2021 11:18:00 am 2 Comments

01. Pindahkan garam secara berhati-hati ke dalam bekas tertutup dan kedap udara.


02. Tutup ketat setiap kali selepas garam digunakan bagi mengurangkan iodin meruap keluar.


03. Sekiranya garam lama tidak digunakan, goncangkan bekas perlahan-perlahan untuk memastikan iodin kembali serata ke semua kawasan garam.


04. Letak garam jauh daripada kawasan haba, tepi tingkap, sejuk melampau atau pancaran matahari.


Monday, 6 September 2021

Sunday, 5 September 2021

Saturday, 4 September 2021

Friday, 3 September 2021

Rezeki Dapat Nanas Segar Dari Ladang

9/03/2021 12:55:00 pm 4 Comments
Alhamdulillah, semalam Mia naik pejabat sekejap sebab ada kerja urgent yang perlu disiapkan. Kebetulan rakan kerja dari ladang nanas ada bawa hasil tuaian nanas ke ibu pejabat sini. Pucuk dicita ulam mendatang. Dapatlah Mia rezeki 6 biji buah nanas yang segar. Ada yang dah masak penuh dan ada yang belum.



Banyak sungguh khasiat buah nanas ini. Kat rumah ini Mia selalunya makan begitu saja atau direbus dalam periuk. Ada cerita di SINI.


** suka nanas....


Thursday, 2 September 2021

SKmagicCares sokong PICK

9/02/2021 04:33:00 pm 1 Comments
Bagi menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, syarikat peralatan rumah terkemuka dari Korea Selatan, SK magic telah melengkapkan Pusat Vaksin Covid-19 (CVC) dan hospital-hospital rawatan penyakit berkenaan dengan penulen udara dan penulen air. Ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, SKmagicCares bagi menyediakan udara dan air yang segar lagi bersih kepada petugas barisan hadapan serta khalayak ramai.

“Sebagai sebuah syarikat, kami sentiasa mencabar diri kami dan berinovasi bagi mencari ikhtiar memastikan setiap orang dapat menjalani gaya hidup yang sihat lagi berkualiti. Selari dengan misi ini, program CSR SKmagicCares kami bermatlamat melakar dunia yang lebih baik menerusi perubahan positif dalam kalangan masyarakat, dengan menyediakan udara dan air bersih kepada rakyat Malaysia menerusi kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan,” kata Kim Kyung Won, Pengarah Urusan SK magic Malaysia.

Fasa pertama inisiatif SKmagicCares telah menyumbangkan penulen udara dan penulen air SK magic bernilai sejumlah RM330,000, yang ditempatkan secara strategik di seluruh Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, dan Columbia Asia Hospital - Puchong.



“Dengan beribu-ribu orang mengunjungi CVC setiap hari, ditambah pula dengan peningkatan jumlah kes dan kemasukan hospital, sumbangan kemasyarakatan program SKmagicCares kami disasarkan kepada CVC dan hospital rawatan Covid-19. Ketika rakyat Malaysia berusaha ke arah mencapai imuniti kelompok sebagai sebuah negara, aspek kesihatan dan langkah keselamatan seperti penjarakan sosial, kebersihan dan pemakaian PPE kekal diutamakan. Justeru, kami berazam memperkukuhkan lagi langkah-langkah kesihatan dan keselamatan ini di CVC dan hospital rawatan dengan meningkatkan kualiti udara, di samping menyediakan petugas barisan hadapan serta khalayak ramai dengan air minum yang bersih dan segar untuk penghidratan.”

“Kami amat menghargai komitmen, sumbangan dan pengorbanan petugas barisan hadapan sejak tercetusnya wabak ini, dan berharap sumbangan ini akan membantu meningkatkan lagi keselamatan mereka ketika menjalankan tugas, selain memberi kelegaan kepada para pengunjung di CVC serta pesakit yang menjalani rawatan,” ulas beliau.

Penulen udara dan penulen air disumbangkan oleh SK magic terdiri daripada Motion Air Purifier, Twin Air Purifier dan WIZ S Water Purifier, yang akan terus menyediakan udara dan air bersih kepada rakyat Malaysia di lokasi-lokasi berkenaan walaupun setelah tamatnya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kelak.

Penulen udara SK magic dapat menyingkirkan bakteria bawaan udara, hama debu dan zarah-zarah lain yang berbahaya dalam udara secara cekap melalui penapis HEPA canggih, sekaligus menyegarkan udara dalam sekelip mata. Penulen airnya pula dilengkapi sistem penulenanan canggih dan Sterilisasi UV ‘Dual Tap’ yang mampu menyingkirkan virus-virus berbahaya semasa membekalkan air bagi menjamin kesegaran dan kebersihan air minum.

“Kami di SK magic ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan kerjasama kerana meyakini kami dan berkongsi tekad yang sama untuk melindungi semua orang semampu yang boleh. Bagi kami, ini merupakan satu perjalanan yang progresif dan berterusan, dan kami berharap dapat terus menyediakan air dan udara bersih kepada rakyat Malaysia menerusi Program CSR SKmagicCares kami,” tambah beliau.


Mengenai SK magic
SK magic diasaskan pada tahun 1985 dan merupakan perniagaan pertama di pasaran yang menghasilkan peralatan ketuhar gas dan pembasuh pinggan mangkuk. Sebagai salah satu subsidiari Kumpulan SK, SK magic telah berkembang menjadi perniagaan yang terkemuka dalam sektor peralatan rumah berasaskan teknologi canggih yang unik serta pengurusan kualiti yang optimum. Pada Disember 2018, SK magic Malaysia telah ditubuhkan dan ia merupakan cabang terulung di Asia Tenggara. SK magic telah dianugerahkan Innovasi CES 2020 untuk ‘Motion Air Purifier’ dalam kategori kelengkapan rumah pintar, serta ‘All-in-one JIKSOO RICH Ice Water Purifier’ dan ‘Triple Care Dishwasher’ dalam kategori peralatan rumah. SK magic memanfaatkan pengalaman selama lebih 30 tahun untuk meluaskan capaiannya dalam pasaran sewaan peralatan yang sedang berkembang pesat. Kumpulan SK merupakan syarikat kedua terbesar di Korea dengan anggaran pendapatan sebanyak USD107 bilion (RM450 bilion) pada tahun 2020.

Tuesday, 31 August 2021

Salam Kemerdekaan 2021

8/31/2021 01:58:00 pm 1 Comments
Wahhh... hari ini adalah hari yang sangat besar buat negara tercinta, Malaysia. Dikesempatan ini Mia ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Kebangsaaan yang ke 64".  Walaupun di kala pandemik ini, hati ini rasa begitu bangga jadi rakyat Malaysia.



Memandangkan tiada gambar baru. Jadinya Mia throwback gambar lama ini semasa Mia join perbarisan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke 60 Peringkat Negeri Johor di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada tahun 2017. Kami menginap semalam di Renaissance Johor Bahru Hotel (Link) dan mula berbaris jam 7.00 pagi (Link).


** Salam Kemerdekaan buat semua....  


Monday, 30 August 2021

Tingkatkan Pengambilan Serat dan Protein Pelbagai Cara Dengan Kacang Panggang Ayam Brand™

8/30/2021 08:41:00 pm 0 Comments
Adakah anda mengalami kesukaran menyediakan hidangan yang sihat, enak dan segera untuk sarapan, makan tengah hari, snek mahupun makan malam? Dapatkan Kacang Panggang Ayam Brand™ (Ayam Brand™ Baked Beans) yang kaya dengan serat dan protein, serta rendah kandungan lemak.

Legum seperti kacang adalah sumber pemakanan berserat dan protein berasaskan tumbuhan yang baik. Kacang panggang Ayam Brand™ sedia untuk dimakan terus daripada tin, menjadikannya sumber serat dan protein berasaskan tumbuhan yang mudah dan enak.

Kacang panggang dapat membantu menahan rasa lapar lebih lama dengan mengenyangkan anda dan mengawal kandungan gula dalam darah, memberikan bekalan tenaga yang berterusan sepanjang hari dan seterusnya mengurangkan keinginan untuk sajian manis yang lain.

Kandungan likopen dalam sos tomato kacang panggang merupakan satu antioksida yang membantu melindungi daripada kanser prostat, paru-paru dan perut. Kacang panggang juga mengandungi mineral seperti magnesium, selenium dan tembaga yang merupakan antioksida kuat yang melindungi sel-sel tubuh daripada serangan radikal bebas.

Diet yang telah terbukti secara klinikal untuk memberikan manfaat kesihatan adalah seperti Diet DASH (Pendekatan Diet untuk Menghentikan Hipertensi) dan diet Mediterranean yang menggalakkan penambahan legume seperti kacang panggang dalam amalan pemakanan harian. Anda boleh memilih diet yang lebih sihat dengan mengurangkan pengambilan daging dan menggantikannya dengan lebih banyak protein tumbuhan. Cuba untuk tidak memakan daging sekurang-kurangnya selama seminggu dan gantikan ia dengan kacang panggang atau protein berasaskan tumbuhan bagi meningkatkan pengambilan nutrien, pada masa sama mengurangkan penghasilan karbon.

Terdapat tiga varian Kacang Panggang Ayam Brand™ untuk memenuhi cita rasa dan keperluan diet berbeza:



Kacang Panggang Ayam Brand™ dalam Sos Tomato Asli (Ayam Brand ™ Baked Beans in Tomato Sauce) mempunyai rasa umami penuh kekacang yang diseimbangkan dengan kemanisan tomato - gandingan ideal untuk hidangan yang menyelerakan.



Kacang Panggang Ayam Brand™ Dalam Sos Tomato Bersama Keju (Baked Beans in Tomato Sauce with Cheese) menggunakan keju parmesan sebenar bagi rasa berkrim. Ia sesuai untuk hidangan yang memerlukan rasa lebih kaya. Gunakan pilihan ini untuk resipi-resipi yang perlu digril atau panggang. Kanak-kanak menggemari kenikmatan dan kelazatan keju sos ini bersama hidangan pasta mereka.



Manakala Kacang Panggang Ayam Brand™ dalam Sos Tomato Ringan (Ayam Brand™ Baked Beans Light in Tomato Sauce) mempunyai kandungan 48% kurang gula. Ia menjadi pilihan individu yang mahukan protein dan serat pada kacang panggang tetapi kurang kandungan karbohidrat dan gula. Gandingan varian ini bersama salad atau kisar bersama sos salad bagi sajian yang lebih sihat dan ringan. Varian makanan unggul (superfood) ini mempunyai 3.9g ke 4.51g kandungan serat dan 5g hingga 6g kandungan protein bagi setiap 100g sajian. Ia boleh didapati di seluruh negara pada harga RM2.40 bagi tin 230g dan RM3.50 bagi tin saiz keluarga.


Nikmati Kacang Panggang Ayam Brand™ Sepanjang Hari Dalam Pelbagai Cara Enak

Kacang Panggang Ayam Brand™ adalah sedia dimakan. Cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan hanya membuka tin tersebut dengan menarik pembuka yang tersedia dan terus menjamahnya dengan sudu bersih.

Walaupun kita sering mengaitkan kacang panggang dengan sarapan Inggeris yang lengkap dengan telur, sosej dan roti bakar, hakikatnya ia bersifat versatil dan boleh disesuaikan dengan pelbagai hidangan lain. Ayam Brand™ telah menghasilkan bermacam-macam resipi yang menyerlahkan kesempurnaan kacang panggangnya dengan roti, pasta, ubi dan nasi sebagai sajian sarapan, makan tengah hari, snek dan makan malam.




Sarapan: Kacang Pool dengan Roti Bakar dan Mentega

Tambahkan pilihan sarapan anda dengan hidangan Kacang Pool, satu sajian enak yang terkenal di Johor.

Kaedah penyediaan tradisional hidangan ini mengambil masa yang lama kerana kacang perlu direndam dan direbus terlebih dahulu. Gunakan Kacang Panggang Ayam Brand™ dan sajian kacang pool anda boleh tersedia dalam masa 15 minit.

Caranya:
  1. Lenyekkan kacang panggang bersama sos tomato menggunakan bahagian belakang garfu bagi mendapatkan tekstur kasar.
  2. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak sapi dan masukkan bawang merah yang telah dipotong dadu, diikuti daging atau ayam cincang. Kacau sehingga bau naik.
  3. Tambahkan potongan cili padi dan serbuk kari sebelum memasukkan kacang panggang yang telah dilenyek. gaul sehingga sekata.
  4. Hidangkan bersama telur goreng, hirisan limau dan taburan cili padi sebagai hiasan. Nikmati hidangan menyelerakan ini bersama roti bakar yang disapu mentega.



Makan Tengah Hari : Pasta bersama Sos Kacang Panggang

Kehabisan sos pasta? Cuba sos pasta kacang panggang yang mudah ini.
  1. Sediakan asas sos pasta dengan menumis bawang, bawang putih dan daging atau ayam cincang.
  2. Tambah tomato yang telah dicincang, satu tin kacang panggang Ayam Brand™ dan sedikit air. Biarkan sos mereneh sehingga menjadi pekat.
  3. Masukkan pasta yang telah direbus ke dalam bekas kalis ketuhar. Kemudian tuangkan sos pasta, taburkan parutan keju dan panggang selama 15 minit, sehingga keju cair dan berwarna keemas-emasan.


Snek: Ubi Jacket Bersama Kacang Panggang

Ubi panggang adalah snek yang enak tetapi gandingkan dengan tuna manis yang sedap serta sos kacang panggang untuk hidangan yang lebih menarik.
  1. Bersih dan keringkan ubi tanpa membuang kulitnya.
  2. Lumurkan minyak pada setiap ubi. Balut dengan pembalut aluminum dan panggang di dalam ketuhar selama 45 hingga 60 minit.
  3. Dalam mangkuk berasingan, campurkan kepingan tuna, perahan lemon, mayones dan sedikit lada hitam.
  4. Keluarkan ubi daripada ketuhar. Buat potongan “X” di bahagian tengah ubi sebelum memasukkan sedikit mentega, kacang panggang serta campuran tuna ke dalamnya.
  5. Hias dengan potongan daun bawang dan avokado.

Ini adalah cara kami menyediakan snek kacang panggang yang bukan sahaja enak dan berkhasiat tetapi juga menarik.


Makan Malam: Kari Sardin Kacang Panggang Bersama Nasi

Makan malam merupakan sajian utama bagi kebanyakan kita. Oleh itu, marilah kita menyediakan hidangan yang menyelerakan dan seimbang seperti menu kari sardin kacang panggang bersama nasi.
  1. Goreng terung dan asingkan.
  2. Tumiskan cili, bawang putih dan halia sehingga naik bau sebelum memasukkan serbuk kari.
  3. Lenyekkan sardin dan masukkan ke dalam campuran kari berkenaan.
  4. Masukkan potongan lobak merah dan kacang panggang.
  5. Tuangkan santan dan gaul sehingga kuah pekat.
  6. Masukkan terung yang telah digoreng dan gaul dengan perlahan sehingga sebati.
  7. Hidangkan kari yang telah dimasak bersama nasi putih. Enak dinikmati ketika panas.


Dapatkan resipi-resipi ini dan pelbagai lagi di laman www.ayambrand.com.my



Sunday, 29 August 2021

Saturday, 28 August 2021

Reasons To Eat Fruit For Breakfast

8/28/2021 02:12:00 pm 1 Comments

01. Between 7-11 am the body is doing the heaviest detoxification and fruit increases effectiveness.


02. Fuels the body more effectively than coffee.


03. Fruit fiber cleanses the colon like a broom.


04. It gently wakes the digestive system and metabolism with healing energy.


05. People who eat fruit for breakfast are typically leaner, healthier and more productive during their day.



Friday, 27 August 2021

Purple Cane Malaysia's #1 Tea Mooncakes Are Back!

8/27/2021 10:57:00 pm 3 Comments
月十五 < On The Fifteenth Night >





月十五

十五月


一壺好茶

一輪明月

歲月靜好

圓滿喜悅

The fifteen night reveals

A moon in spectacular view,


Reflected in its fullest glory

By a pot of premium brew.

May peace and happiness

Fill each and every moment. 



As Mid Autumn approaches, it's that time of the year where Malaysia’s #1 Tea Mooncakes make their appearance. Bridging generations of tea lifestyle both young and old, near and far with freshly baked tea infused local traditional delicacy. Curated with less sugar, less oil and no preservatives, Purple Cane Tea Mooncakes are the finest Halal health-tea mooncake choice around!

Embodying traditional texture and flavors, there are up to 12 unique classic tea flavors and 2 NEW flavors to choose From our classic jade green tea baked skin to unique rose tea and nanyang delights, both baked skin and filling are infused with the perfect tea selection. Delicate and delightful with each bite, there is definitely one for both the old and young. Each individual mooncake is packed in Purple Cane’s signature nanyang style design with lantern riddles and Cane’s Tea Bag for the complete Mid-Autumn celebration.

What better way to send your warm wishes of peace and happiness with a kaleidoscope selection of the best tea mooncakes this Mid-Autumn? Send a box or two to your loved ones this year to brighten up their day and fill each and every moment with peace and happiness. Delivering joy to all with the burst of colors, all-natural premium ingredients for the hope of good health too. Looking for mooncake gift sets? This year take your pick between our specially curated 6-in-1. 4-in-1, 3-in-1 and also 2-in-1 Tea Mooncake Gift Boxes with up to 40% savings!

Best Gift Choices👉 https://bit.ly/PurpleCaneTeaMooncake



Best Tea Pairing That You Shouldn’t Miss! Other Mid-Autumn Promotions! | Limited Time Tea Collections

Buy 1 Free 2 / up to 55% OFF
Our seasonal selection for daily health essentials.
Choose between: Huang Jin Gui / Jin Fei Cui / Puer Tea / Green Tea / Lychee Black Tea / Jasmine Green Tea

PWP Special Tea Deals
Natural beauty boosting flower tea. Grab these hot sellers at a special price! Choose from: Baby Chrysanthemum / Rose / Grape Puer

Green Tea Pumpkin Seeds Set / 14% OFF
The healthier snack choice. Package includes: 3 cans of special selected pumpkin seeds roasted with green tea powder

NEW! Snow Jasmine Flower Tea and Orchid Scented Green Tea @ RM99
Watch tea leaves dance this Mid Autumn with these two new tea additions. Elegant and relaxing, both are calming with fragrant aroma that is sure to delight.

Oolong Tea Bundle: Cha Wang Gan + Zi Zhu Lan / up to 34% OFF

Sweet, mellow and smooth. Bask in the gentle embrace of autumn tea fragrance

Purple Cane Tea Mooncakes are now available until 21 September 2021 online via Purple Cane E-Shop (www.purplecane.my) and in all Purple Cane Tea Art Centres nationwide (https://www.purplecane.my/pages/our-stores)

Purple Cane Tea Mooncakes are also available on Shopee! Don’t miss out on Shopee 9.9 Super Shopping Day Sales for more discounts and exclusive vouchers! Remember to claim your vouchers from Purple Cane Official Shopee Store and enjoy 10% off your purchase with a minimum spend of RM100 too. Additionally, users who checkout with ShopeePay for their Purple Cane orders on www.purplecane.my will receive RM3 cashback daily with minimum spend of RM15. This offer is valid once per day per user. All bonus campaigns will be automatically terminated once fully redeemed. Terms and conditions apply.

Enjoy FREE Shipping within West Malaysia with minimum spend of RM100. For new customers, get FREE Shipping with your 1st purchase (for West Malaysia orders). Place your orders before 1/9/2021 (East Malaysia) & 3/9/2021 (West Malaysia) to receive your mooncakes in time for Mid-Autumn Festival. Hurry now while stocks last!

Thursday, 26 August 2021

1 Buku 1 Inspirasi Campaign By Big Bad Wolf Books

8/26/2021 07:06:00 pm 1 Comments
We at Big Bad Wolf Books would like to invite YOU and all Malaysians to celebrate Malaysia's Independence Day - a day that has long defined us as a Nation. Join us on an inspirational journey of unity and patriotism that should never be forgotten. Most of all, let's continue to be inspired by stories and the written word through the pages of a book.



Let’s spread the joy of reading together, with the aim to ignite that spark inside us with the hope that it would inspire everyone to keep reaching for the stars and never give up.

In conjunction with Merdeka, Big Bad Wolf Books is proud to present the "1 BUKU 1 INSPIRASI” campaign inviting everyone to inspire and be inspired through the pages of books.

Big Bad Wolf Books’ “1 BUKU 1 INSPIRASI” Online Book Sale will be offering 60,000 book titles with discounts of between 50% to 95% off the recommended retail price starting from the 28th of August until the 1st of September 2021 at https://mycountdown.bbwbooks.com/.

So, we ask YOU... ‘What is that one book that has inspired you along your journey?’ Do share your stories and spread the word by following and commenting on our LinkedIn page.

RED READERHOOD (RRH) As part of the “1 BUKU 1 INSPIRASI” Big Bad Wolf Books’ Corprate Social Responsibility (CSR) arm, RRH aims to raise 3,000 books for the underprivileged community by working alongside with three beneficiaries, namely, Dignity for Children Foundation (Dignity), National Association of Women Entrepreneurs of Malaysia (NAWEM) and Malaysia Relief Agency Pulau Pinang (MRA Penang). We would also like to invite the public to join us by purchasing and donating books from the Red Readerhood Book Donation Drive section available at the Online Sale. ‘A book for a book’ – Big Bad Wolf Books will contirnbute one book for every book purchased and donated by the public. Let’s come together and make a difference.



~ SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA ~
#BigBadWolfBooks #1Buku1Inspirasi

Foods That Benefit Your Body

8/26/2021 08:41:00 am 1 Comments
Brain
Salmon, tuna, sardines, walnuts


Hair
Salmon, dark green veggies, beans


Eyes
Egg yolks, yellow corn, carrot


Heart
Baked potato, prune juice, tomatoes


Lungs
Broccoli, brussels sprouts, bok choy


Intestines
Prines, yogurt


Skin
Salmon, blueberries, green tea


Bones
Milk, oranges, celery


Muscles
Meat, bananas to prevent sore muscles, red meat, eggs, tofu, fish to build muscle