Hari ini adalah hari terakhir penerimaan entri review dari semua peserta. Kepada yang belum hantar lagi, sila hantar ke inbox fanpage Mia sebelum 11.59 malam ini. Terima kasih kepada semua peserta yang telah pun menghantar entri review masing-masing. Macam-macam cerita. Nak tahu kisah mereka, jom terjah entri mereka di SINI.
Keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat selepas selepas sesi penilaian yang dibuat oleh pihak OceanLife. Nampak gayanya... clue yang Mia terima setakat ini, memang akan ada lebih seorang yang akan menang. Doa-doa lah ya...
Semoga berjaya.... sihat dan cantik dengan Ephyra... (^_^)
Jom cuba Ephyra dengan harga istimewa. Emelkan ke ephyra@mialiana.com atau hanya dengan whatsapp ke 0146118445.
surprise.... ada giveaway Ephyra yang ketiga di bulan Februari nanti, khas untuk mereka yang nak sangat cuba minum Ephyra dan belum pernah menang mana-mana contest Ephyra sebelum ini... tunggu ya...
Seronoknya dah bertandang ke rumah saudara, boleh pula dihidangkan mee bandung. Kata orang rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Teruslah kami makan sekeluarga. Alhamdulillah...
Alamak... boleh termasuk pula pisang yang dibeli tadi di SINI. Sofea pula yang suka makan. Dah lama tak jumpa, sekali datang seronoklah nampaknya. Kat rumah Adik Mak Mertua Mia ni...
Punyalah agak sibuk hari ini. Dah namanya cuti. Petang sampai ke malam pula pergi melawat saudara sebelah mertua. Selalunya kalau datang bertandang rumah saudara, tak sah kalau tak bawa buah tangan.
Yang paling mudah, beli buah pisang. Nampak tak Mak Mertua Mia borong buah pisang? Ada dua rumah nak pergi hari ini. Dah macam raya pula...
Wahhh.. selamat bercuti Chinese New Year buat semua pengunjung blog ini. Tentu ada yang balik kampung. Pergi jalan-jalan. Ataupun hanya di rumah pun tidak mengapa. Asalkan kita semua gembira dan ceria bersama keluarga.
Comel je kan... tengok ikon gambar ini dari Google. Google pun wish juga.
Mia dan Suami Mia pula nak sambung projek mengecat di rumah sewa. Buat sikit-skit memanglah lambat siap. Cadangnya nak sewakan bulan Februari ini...
Kepesatan pembangunan industri spa kini menarik ramai pelancong asing yang ingin memelihara badan, minda dan rohani termasuklah spa dan barangan penjagaan diri. Begitu juga dengan pelancong tempatan. Bagi menampung keperluan yang mendesak ini, Beaubelle Academy menjemput kepada semua yang layak untuk memperoleh sumber pendapatan di samping menjalani latihan melalui biasiswa yang ditawarkan. Latihan terapi spa mampu meningkatkan kemahiran dan memberi peluang kepada setiap individu untuk mendapat kerjaya yang stabil pada masa hadapan.
Program ini membuka peluang kepada keluarga yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka ke kolej / universiti, mereka yang tidak ada pekerjaan, anak-anak yatim, lepasan sekolah, ibu tunggal, dan mereka yang berminat untuk mempelajari teknik yang betul untuk melakukan terapi spa.
Ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia dan Beaubelle Academy. Ditawarkan kepada mereka yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun. Berlangsung selama 6 bulan dan merangkumi 2 bahagian iaitu Teori selama 3 bulan di Beaubelle Academy dan Latihan Amali di premis spa terpilih selama 3 bulan. Beaubelle mempunyai 2 buah spa iaitu di ibu pejabat, Dataran Prima dan sebuah lagi di Starhill, Kuala Lumpur.
Sepanjang berada 3 bulan di Akademi, pelajar akan diberi elaun sebanyak RM300 sebulan kepada mereka yang mempunyai jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3000. Selama 3 bulan berada di Akademi, pelajar diberi pilihan untuk tinggal sendiri atau di asrama (hostel) yang disediakan oleh Beaubelle Academy. Pelajar yang ingin tinggal di asrama akan dikenakan bayaran sebanyak RM150 sebulan termasuk bil air dan bil elektrik.
Selepas 3 bulan di Akademi, pelajar akan menjalani latihan amali di premis spa bertaraf 3 bintang hingga 5 bintang dan mereka akan terus diserap di spa tersebut. Antara spa-spa bertaraf 3 bintang hingga 5 bintang yang telah menempatkan pelajar-pelajar Beaubelle Academy, ialah Shangri La Putrajaya, Spa Village Kuala Lumpur, The Banjaran Hotspring, Body Perfect Sdn. Bhd., Reedes Beauty Centre, Spa Manja Johor Bahru, Pullman Putrajaya Lakeside, Avillion Spa Port Dickson dan The Sompotan Spa.
Selepas tamat pengajian, pelajar akan diberi pengiktirafan Sijil SKM Tahap 3, di mana sijil ini sebenarnya adalah sijil yang perlu pelajar ikuti selama setahun tetapi di Beaubelle Academy, pelajar hanya perlu menjalani latihan selama 3 bulan sahaja. Para pelajar akan mempunyai kontrak selama 2 tahun dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk bekerja di spa tersebut.
Kemudahan asrama pelajar
Jika anda berminat, jemputlah datang ke Hari Terbuka Kerjaya Beaubelle Academy pada hari Isnin, 17 Februari 2014.
klik pada gambar untuk besarkan
Rebutlah peluang untuk menerima biasiswa bernilai RM9,500 termasuk elaun bulanan sebanyak RM300 sebulan sepanjang 3 bulan di Beaubelle Academy dan selepas 3 bulan anda akan dijanjikan peluang pekerjaan di spa-spa terpilih dengan gaji permulaan sebanyak RM1200. Anda juga berpotensi bekerja di hotel spa bertaraf 5 bintang!
Tarikh :
17 Februari 2014 ( Isnin )
Masa :
1.00 petang hingga 4 petang
Lokasi :
No 31 - Tingkat 6, Block D1 PJU 1/41, Dataran Prima, 47301 Petaling Jaya.
Sesi temuduga adalah terhad. Pihak Beaubelle akan menghubungi anda.
Sila isi borang pendaftaran online dengan KLIK SINI
sememangnya program latihan terapi spa ini 100% percuma dan 100% dapat kerja... jangan lepaskan peluang ini...
Alhamdulillah... sempat juga sampai hari ini. Maklumlah stok dah nak habis. Ini adalah kotak Ephyra yang ke 6. Sekejapnya masa berlalu, dah nak masuk 6 bulan Mia minum Ephyra.
Sebelum ini masa kotak ke 5 sampai, Mia terlalu sibuk betul-betul tak sempat nak buat entri. Kali ini Mia pastikan sempat juga.
Tips cara minum Ephyra yang berkesan dari Mia.
Kadang tu bila masa sibuk atau stres, memang jerawat mudah keluar namun hanya sedikit saja. Jerawat mudah kecut bila Mia minum Ephyra 2 kali sehari iaitu di sebelah malam sebelum tidur dan di sebelah pagi sebelum sarapan. Mia banyakkan minum air masak dan jaga pemakanan. Dalam 3 hari, jerawat dah kecut dan seterusnya parut akan semakin pudar dari sehari ke sehari. Pastikan waktu tidur mencukupi.
Diucapkan tahniah kepada semua peserta yang bernombor di atas. Sila inbox ke fanpage mialiana.com butiran-butiran di bawah untuk menuntut topup masing-masing.
1. No Peserta :
2. URL Blog :
3. No Handphone :
4. Telco : Contoh Maxis
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada yang lain, diharap usah berputus asa, sila cuba lagi di masa yang akan datang. (^_^)
Pada jam 1.25 petang 21 Januari 2014 sehingga 11.59 malam 27 Januari 2014, Mia telah pun mengadakan Soal Selidik 3 perasaan pengunjung di dalam entri SINI. Alhamdulillah, seramai 94 orang blogger telah pun menjawab dan berkongsi perasaan mereka. Mereka semua dapat menjawab dengan tenang dan rasional.
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, boleh pilih jawapan lebih daripada satu dan tiada jawapan yang salah semasa menjawab soal selidik ini. Hanya ada satu soalan sahaja iaitu :
Sasaran pengunjung soal selidik ini ialah golongan blogger. Jumlah blogger yang terlibat ialah 94 orang. Ada 10 jenis perasaan dan seorang blogger boleh menjawab lebih daripada satu perasaan.
Jenis Perasaan vs Jumlah Perasaan
Jumlah perasaan Suka mencatat yang tertinggi iaitu 79, diikuti dengan Teruja (56) dan Seronok (48). Manakala pilihan yang terendah ialah Menyampah (2) diikuti oleh Moody, Sedih dan Benci iaitu 3.
Jumlah Perasaan vs Bilangan Blogger
Terdapat Satu hingga Sepuluh perasaan yang dialami oleh blogger ketika datang ke blog ini. 29 orang blogger mempunyai Dua dan Tiga perasaan, diikuti 11 orang blogger mempunyai Satu dan Empat perasaan.
Kesimpulannya, kebanyakan pengunjung Suka dan mempunyai Dua dan Tiga perasaan ketika datang ke blog Mialiana.com.
Ribuan terima kasih kepada 94 orang blogger yang menjayakan Soal Selidik 3 ini :
Pernah tak kita pergi ke mana-mana blog, lepas itu sedang membaca hati terasa terguris atau tersentuh kerana entri itu seperti menyakitkan hati kita? Itu baru baca sekali. Terfikir, sebenarnya apa mesej yang hendak disampaikan ya... Bila dah baca 2 kali barulah faham, kalau masih tak faham juga baca lagi. Bila faham barulah tahu mesej yang tersirat dan tersurat. Sila abaikan cara penyampaian melalui pantun atau puisi, kerana ianya memang berbentuk kiasan. Yang Mia maksudkan dan tekankan di sini ialah cara penyampaian entri yang selalu kita buat tu, adakah pengunjung dapat mesej yang betul atau salah. Kalau betul, tidak mengapalah. Kalau salah tentu akan mengundang ketidakpuashatian pengunjung. Tentu kita tidak mahu jadi macam itu, bukan? Maka berhati-hatilah dengan cara penyampaian entri di blog.
Jadi apalah salahnya kiranya kita letakkan diri kita di kaca mata pengunjung. Pura-pura berlakonlah macam tu. Baca balik entri kita itu, dalam 2 kali dan cuba bayangkan apakah perasaan pengunjung ketika membaca entri kita itu. Ataupun mintalah rakan baca entri itu dan beri pandangan. Seeloknya pastikan biar mesej entri itu sampai betul pada pengunjung.
Kesilapan yang sering dilakukan oleh para blogger tanpa disedari. Sebagai contoh.. kadang penggunaan bahasa yang mengenakan orang lain mungkin kata-kata pedas. Kedekut nak bagi backlink. Dahlah cerita tentang blog lain, apalah salahnya bagilah backlink supaya senang pengunjung tidak tercari-cari dan juga supaya tuan punya blog itu tidak berkecil hati. Usahlah terlalu memandang rendah pada blog-blog picisan. Sebab setiap blog ada kelebihannya tersendiri.
Bukan senang nak jaga hati dan hubungan dengan pengunjung. Cara penyampaian entri hendaklah betul dan jangan sampai pengunjung tersalah tafsir. Kesan negatif akan mula muncul dan boleh merosakkan reputasi blog. Bila reputasi blog sudah terjejas, maka tiada maknalah lagi imej dan identiti blog itu.
Akhirnya pengunjung akan lari. Mungkin terasa dengan entri itu sebab terasa macam diperli. Tak pasal-pasal kita yang kena. Padahal kita tak berniat pun nak menyinggung sesiapa. Lebih baik kita cuba atasi segera dengan membetulkan cara penyampaian entri yang salah. Apa guna kotak komen? Apa guna komen dari pengunjung? Buatlah pembaharuan. Belajar dari kesilapan. Buatlah pengunjung gembira. Cara penyampaian secara santai yang tidak terlalu berat mungkin boleh membuatkan mood pengunjung sentiasa ceria dan ingin bertandang kembali. Percayalah. Jaga hubungan dengan pengunjung blog kita kerana merekalah kita boleh berada di tempat yang ada sekarang.
Maafkan Mia jika tersinggung dengan entri ini. Mia sekadar memberikan pendapat. Mungkin entri ini sesuai untuk blogger personal. Harap jangan berkecil hati sebab mungkin kita tidak sedar betapa pentingnya cara penyampaian entri yang betul. Kadang Mia pun macam itu juga. Sama-samalah kita cuba saling ingat-mengingati dan menegur dengan cara yang diplomatik supaya semua dapat berblog dengan harmoni dalam komuniti blogger.
tiba-tiba nak tanya juga, adakah cara penyampaian entri ini sampai betul pada anda?
Izinkan Mia untuk berehat sebentar malam ini. Sepatutnya keputusan Soal Selidik diumumkan pada malam ini. Tapi Mia tak sempat lagi nak habiskan blogwalking ke semua blog peserta.Huhuhu Sabar.... dan terus bersabar...
Sebenarnya kan... Mia terlalu sangat kecewa. Minta maaf jika entri ini terasa begitu personal. Entri ini juga bukan untuk menagih simpati sesiapa pun. Sila abaikan entri ini dan tidak perlulah membacanya. Ini hanya luahan dari hati Mia yang Mia rasa dah tak boleh tahan lagi kerja kat sini sebab ICT tidak penting dalam organisasi ini.
Bayangkan kerja semakin lama semakin banyak. Nak itu.. Nak ini. Terbaru, nak guna door access dan attendance system. Tetapi orangnya hanya berapa kerat sahaja. Seorang pegawai. 2 orang penolong pegawai, seorang juruteknik dan seorang pembantu tadbir. Ditambah pula dengan kerja yang bukan ICT pun ada juga. Kenapa ya.. orang-orang macam ni asyik pentingkan diri sendiri. Tahu nak pc, notebook, kamera, ipad, internet, broadband. Pulak tu nak cover lagi satu Malaysia, bukannya satu pejabat. Banyak pejabat dan ada di kebanyakan negeri. Belum lagi dengan sistem-sistem yang ada yang perlu dimaintain. Dengan aircond bilik server yang uzur dan siling bocor. Belum lagi dengan peralatan ICT yang rosak, untuk dibaiki. Belum lagi rekod aset dan inventori untuk setiap peralatan ICT. Pengurusan stok juga. Laman web lagi. Rekabentuk grafik. Sistem emel. Buat bajet dan laporan. Sistem kad rawatan klinik dengan printer evolys yang asyik meragam. Tup-tup kena buat kad pekerja yang ada cip untuk door access. Bayangkan lah. Belum lagi kerja-kerja ad-hoc lagi. Buat video dan sound editting. Nasib ada pelajar praktikal. Itupun kena ajar mereka untuk bantu kerja-kerja Unit ICT. Kalau tak ada pelajar praktikal, tak tahulah nak cakap macam mana lagi...
Buat kerja memang ikhlas. Tetapi asyik ditindas buat itu. Buat ini. Seorang buat macam-macam benda. Tidak macam jabatan lain ada klasifikasi kerja tersendiri. Manalah larat, kan.. Bila bersuara untuk mempertahankan hak, tetapi tidak diendahkan. Dah buat penstrukturan semula kali kedua pun tidak berjaya. Gred E yang lebih diutamakan. Sangat sedih.
Setiap masa berdoa agar dapat kenaikan kerjaya ke gred 41 di tempat lain. Kat tempat sendiri dah terang-teranglah tak ada peluang. Nak tunggu berapa lama lagi. Sejak dari 2005 hinggga 2014. Gred F29. Mia dah cukup demoralise sekarang. Cukuplah sudah apa yang Mia alami ini. Dah tak tertanggung rasanya. Ikutkan hati, nak saja berhenti terus. Lebih rela kerja dengan sektor swasta. Bila dah terikat dengan pencen, macam inilah. Yang kaki bodek.. sedara mara.. boleh hidup senang lenang. Cepat naik pangkat. Yang boleh buat kerja, selamanya akan buat kerja.
Tolonglah bawa Mia pergi dari sini. Hanya blog saja tempat Mia mengadu. Dah mohon kerja mana-mana sejak 2012 tetapi tidak berjaya juga. Tahun ini tahun terakhir Mia mencuba. Kalau tak dapat juga, Mia terpaksa pergi mana-mana walaupun ke sektor swasta. Tak kisahlah kalau tak dapat pencen nanti. Yang penting Mia nak pergi ke tempat orang yang boleh menghargai ICT. Tahu kepentingan ICT.
Tiba-tiba teringat masa kerja kat Kuala Lumpur dulu di sebuah company cina yang sangat berprestij dan paling gah. Tak perlu Mia sebut di sini. Memang semua tahu company ini. Walaupun Mia seorang Melayu, tetapi layanan tetap mesra dan Bos Mia terlalu sayangkan Mia sebab semua projek yag susah, Mia boleh handle dan boleh belajar benda baru dalam masa cepat. Gaji pun memang tip top walaupun diploma lanjutan saja. Walaupun staf yang lain semuanya lepasan ijazah luar negara. Terlalu seronok sangat masa itu jadi Software Engineer. Bekerja dengan orang-orang ICT. I did really missed that moment. Bos Mia ada pesan sebelum Mia berhenti kerja dulu kerana dapat kerja kerajaan di Johor. "There could be sometimes. If it really exists in the future... If there is no one could ever appreciate you, dear.... Do come back. You are so precious to me. It's hard to let you go". Dia tahu kebolehan Mia ini boleh pergi jauh lagi. Terharunya. Jangan salah faham pula. Bukannya Mia ini bagus sangat. Mia suka berusaha dan belajar benda baru. Dari situ timbulnya pengalaman yang berharga dalam hidup ini.
Hanya blog saja yang boleh menggembirakan hati ini. Ilmu yang ada tidak pernah disia-siakan. Hati ini terlalu sangat kecewa di sini dan tidak boleh dirawat lagi. Sedang banyakkan istighfar... Mohon petunjuk dariNya...
Alahai kesiannya... tengah blogwalking sekejap ke blog Fyna, muncul paparan ini. Alamak, blog Fyna kena hacked. Sejak bila? Mia baru je tahu ni masa blogwalking ke semua blog peserta Soal Selidik 3. Nampak sangat dah lama tak blogwalking ke blog Fyna. Sampai sekarang masih kekal macam tu ya. Tentu sedih.