image September 2021 - Mia Liana

Monday, 20 September 2021

Sunday, 19 September 2021

Suntikan Dos Kedua Vaksin Di Dewan Muafakat Johor Taman Adda

9/19/2021 12:25:00 pm 10 Comments
Sebelum ini Mia ada cerita kat SINI tentang suntikan dos pertama vaksin Mia. Selanjutnya, Mia dapat temujanji dos kedua vaksin pada Khamis 9 September 2021. Kali ini Mia datang lebih awal sedikit dan alhamdulillah cuaca pagi itu cantik dan tidak hujan. Mia tak pakai baju sejuk memandangkan baju yang Mia pakai dah tebal.

Sampai-sampai saja Mia terus masuk ke dalam Dewan Muafakat Johor, Taman Adda, Johor Bahru. Kad vaksin wajib dibawa. Mujur tak ramai orang jadi tak lah Mia nak menunggu lama.


Debar-debar juga nak suntik dos kedua vaksin Pfizer ini. Sebab rata-rata kata yang kedua kesan sampingannya lagi teruk. 


Menunggu masuk ke Laluan Dos 2. Dalam hati alangkahnya girangnya, tidak ramai orang macam masa nak dos pertama dulu. Terlupa nak snap nombor giliran Mia kali ini.


Menunggu di ruang sini sebelum masuk ke ruangan menunggu luar bilik suntikan.


Selesai disuntik. Pada masa ini, tangan kiri dah mula lenguh dan berat. Ada rasa denyut-denyut di tempat yang dicucuk. Rasanya dos kedua ini lagi kuat. Sebab masa yang dos pertama dulu, selepas suntik tiada rasa macam ini.


Menunggu nombor giliran dipanggil untuk ambil kad vaksin yang dah siap serta lihat update terkini dalam aplikasi MySejahtera.


Alhamdulillah. Selesai sudah urusan suntikan dos kedua vaksin di sini. Moga kita semua dilindungi. Masuk saja ke dalam kereta, cepat-cepat Mia telah panadol activfast dua biji. Sampai rumah, terus rehat dan tidak buat apa-apa kerja.


Sehingga ke entri ini ditulis, Mia dah sihat sepenuhnya. Kesan sampingan yang Mia alami selepas suntik dos kedua vaksin ialah mudah rasa penat dan badan rasa dedor. Suhu paling tinggi 38°C. Ada alami alergik gatal-gatal tetapi selepas makan ubat dah semakin pulih. Rasa syukur sangat. Jika dibandingkan dengan kesan selepas dos pertama, dos kedua kali ini tidak seteruk dos pertama. 



Saturday, 18 September 2021

Giveaway by Shida Radzuan

9/18/2021 09:32:00 pm 7 Comments
Mia join giveaway dari rakan blogger lama, Shida. Dah lama betul kami berkenalan masa mula-mula Mia berblog dulu. 


Apa yang Mia suka tentang blog Shida ni...
Blog Shida ini dari dulu sampailah sekarang mengekalkan tema warna biru yang sejuk mata memandang. Pengisian content blog yang bersahaja dan santai tapi padat dengan informasi.


Giveaway akan berakhir pada 2 Oktober 2021.


** sesi support rakan blogger...


Friday, 17 September 2021

Thursday, 16 September 2021

Cara Memasak Menggunakan Garam Iodin

9/16/2021 05:46:00 pm 0 Comments

01. Masak lauk kegemaran anda seperti biasa. Mulakan dengan bahan menumis, bahan-bahan masakan seperti sayur, ayam, ikan dan lain-lain.


02. Kemudian perasakan masakan dengan garam beriodin selepas mematikan api masakan.


03. Tutup masakan di dalam kuali atau bekas makanan sebagai langkah mengurangkan iodin meruap.



Tuesday, 14 September 2021

Monday, 13 September 2021

Panduan Pengawalan Asid Urik

9/13/2021 04:22:00 pm 0 Comments

01. Kawal berat badan dan sekiranya berat badan berlebihan, turunkan berat badan secara beransur-ansur kepada berat badan ideal.


02. Ambil makan berprotein secara sederhana dan kurangkan pengambilan lemak. Lemak yang tinggi dalam badan akan menghalang penyingkiran asid urik berlebihan melalui air kencing.


03. Kenalpasti makanan yang boleh mencetuskan sakit sendi gout (tanda urik asid berlebihan) seperti kekacang, daging merah, udang, ketam dan sebagainya.


04. Minum banyak air kosong untuk menggalakkan perkumuhan asid urik yang termendap dan mengelakkan pembentukan batu karang asid urik.


05. Amalkan pengambilan saderi dan beri juniper kerana ia merupakan gabungan herba yang terbukti dapat menghalang pembentukan asid urik dan menyingkirkannya dari tubuh badan.




Sunday, 12 September 2021

Cara Mudah Mencegah Serangan Gout

9/12/2021 06:14:00 pm 0 Comments

Nanas
Tinggi dengan bromelain dan vitamin C dapat kurangkan keradangan di sendi-sendi.


Kunyit
Curcumin yang boleh didapati dari kunyit boleh bantu kurangkan keradangan sendi.


Pegaga
Tinggi dengan pyhtochemical bantu proses menyahtoksik.


Cili
Kandungan vitamin A dan C dalam cili dapat bantu kurangkan keradangan sendi.


Lemon
Tinggi dengan kandungan vitamin C bantu proses menyahtoksik pesakit gout.


Halia
Komponen gingerol dan zingiberene dapat kurangkan keradangan sendi.


Saturday, 11 September 2021

Friday, 10 September 2021

Thursday, 9 September 2021

Punca Batu Karang

9/09/2021 08:31:00 pm 5 Comments

01. Kurang pengambilan air.


02. Makanan yang tinggi dengan lemak Omega 6.


03. Penyakit metabolik yang menyebabkan kalsium tinggi dalam badan.


04. Pengambilan garam yang tinggi.


05.  Pengambilan vitamin C secara berlebihan.




Wednesday, 8 September 2021

Vitamin D Benefits

9/08/2021 01:23:00 pm 1 Comments

01. Contributes to bones health.


02. Helps manage blood sugar levels.


03. Helps with concentration learning and memory.


04. Facilitates hormone regulation.


05. Enhances the immune system.


06. improves heart health.


07. Protect against cancer.


Tuesday, 7 September 2021

Kaedah Penyimpanan Garam Beriodin Di Rumah

9/07/2021 11:18:00 am 2 Comments

01. Pindahkan garam secara berhati-hati ke dalam bekas tertutup dan kedap udara.


02. Tutup ketat setiap kali selepas garam digunakan bagi mengurangkan iodin meruap keluar.


03. Sekiranya garam lama tidak digunakan, goncangkan bekas perlahan-perlahan untuk memastikan iodin kembali serata ke semua kawasan garam.


04. Letak garam jauh daripada kawasan haba, tepi tingkap, sejuk melampau atau pancaran matahari.


Monday, 6 September 2021

Sunday, 5 September 2021

Saturday, 4 September 2021

Friday, 3 September 2021

Rezeki Dapat Nanas Segar Dari Ladang

9/03/2021 12:55:00 pm 4 Comments
Alhamdulillah, semalam Mia naik pejabat sekejap sebab ada kerja urgent yang perlu disiapkan. Kebetulan rakan kerja dari ladang nanas ada bawa hasil tuaian nanas ke ibu pejabat sini. Pucuk dicita ulam mendatang. Dapatlah Mia rezeki 6 biji buah nanas yang segar. Ada yang dah masak penuh dan ada yang belum.



Banyak sungguh khasiat buah nanas ini. Kat rumah ini Mia selalunya makan begitu saja atau direbus dalam periuk. Ada cerita di SINI.


** suka nanas....


Thursday, 2 September 2021

SKmagicCares sokong PICK

9/02/2021 04:33:00 pm 1 Comments
Bagi menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, syarikat peralatan rumah terkemuka dari Korea Selatan, SK magic telah melengkapkan Pusat Vaksin Covid-19 (CVC) dan hospital-hospital rawatan penyakit berkenaan dengan penulen udara dan penulen air. Ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, SKmagicCares bagi menyediakan udara dan air yang segar lagi bersih kepada petugas barisan hadapan serta khalayak ramai.

“Sebagai sebuah syarikat, kami sentiasa mencabar diri kami dan berinovasi bagi mencari ikhtiar memastikan setiap orang dapat menjalani gaya hidup yang sihat lagi berkualiti. Selari dengan misi ini, program CSR SKmagicCares kami bermatlamat melakar dunia yang lebih baik menerusi perubahan positif dalam kalangan masyarakat, dengan menyediakan udara dan air bersih kepada rakyat Malaysia menerusi kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan,” kata Kim Kyung Won, Pengarah Urusan SK magic Malaysia.

Fasa pertama inisiatif SKmagicCares telah menyumbangkan penulen udara dan penulen air SK magic bernilai sejumlah RM330,000, yang ditempatkan secara strategik di seluruh Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, dan Columbia Asia Hospital - Puchong.



“Dengan beribu-ribu orang mengunjungi CVC setiap hari, ditambah pula dengan peningkatan jumlah kes dan kemasukan hospital, sumbangan kemasyarakatan program SKmagicCares kami disasarkan kepada CVC dan hospital rawatan Covid-19. Ketika rakyat Malaysia berusaha ke arah mencapai imuniti kelompok sebagai sebuah negara, aspek kesihatan dan langkah keselamatan seperti penjarakan sosial, kebersihan dan pemakaian PPE kekal diutamakan. Justeru, kami berazam memperkukuhkan lagi langkah-langkah kesihatan dan keselamatan ini di CVC dan hospital rawatan dengan meningkatkan kualiti udara, di samping menyediakan petugas barisan hadapan serta khalayak ramai dengan air minum yang bersih dan segar untuk penghidratan.”

“Kami amat menghargai komitmen, sumbangan dan pengorbanan petugas barisan hadapan sejak tercetusnya wabak ini, dan berharap sumbangan ini akan membantu meningkatkan lagi keselamatan mereka ketika menjalankan tugas, selain memberi kelegaan kepada para pengunjung di CVC serta pesakit yang menjalani rawatan,” ulas beliau.

Penulen udara dan penulen air disumbangkan oleh SK magic terdiri daripada Motion Air Purifier, Twin Air Purifier dan WIZ S Water Purifier, yang akan terus menyediakan udara dan air bersih kepada rakyat Malaysia di lokasi-lokasi berkenaan walaupun setelah tamatnya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kelak.

Penulen udara SK magic dapat menyingkirkan bakteria bawaan udara, hama debu dan zarah-zarah lain yang berbahaya dalam udara secara cekap melalui penapis HEPA canggih, sekaligus menyegarkan udara dalam sekelip mata. Penulen airnya pula dilengkapi sistem penulenanan canggih dan Sterilisasi UV ‘Dual Tap’ yang mampu menyingkirkan virus-virus berbahaya semasa membekalkan air bagi menjamin kesegaran dan kebersihan air minum.

“Kami di SK magic ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan kerjasama kerana meyakini kami dan berkongsi tekad yang sama untuk melindungi semua orang semampu yang boleh. Bagi kami, ini merupakan satu perjalanan yang progresif dan berterusan, dan kami berharap dapat terus menyediakan air dan udara bersih kepada rakyat Malaysia menerusi Program CSR SKmagicCares kami,” tambah beliau.


Mengenai SK magic
SK magic diasaskan pada tahun 1985 dan merupakan perniagaan pertama di pasaran yang menghasilkan peralatan ketuhar gas dan pembasuh pinggan mangkuk. Sebagai salah satu subsidiari Kumpulan SK, SK magic telah berkembang menjadi perniagaan yang terkemuka dalam sektor peralatan rumah berasaskan teknologi canggih yang unik serta pengurusan kualiti yang optimum. Pada Disember 2018, SK magic Malaysia telah ditubuhkan dan ia merupakan cabang terulung di Asia Tenggara. SK magic telah dianugerahkan Innovasi CES 2020 untuk ‘Motion Air Purifier’ dalam kategori kelengkapan rumah pintar, serta ‘All-in-one JIKSOO RICH Ice Water Purifier’ dan ‘Triple Care Dishwasher’ dalam kategori peralatan rumah. SK magic memanfaatkan pengalaman selama lebih 30 tahun untuk meluaskan capaiannya dalam pasaran sewaan peralatan yang sedang berkembang pesat. Kumpulan SK merupakan syarikat kedua terbesar di Korea dengan anggaran pendapatan sebanyak USD107 bilion (RM450 bilion) pada tahun 2020.