Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) ada sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha
"Dan pada sebahagian malam, maka kerjakanlah Solat Tahajjud sebagai satu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji."
– Surah Al-Isra’ : Ayat 79
amalan tambahan selepas bangkit di tengah malam...
Tentu perasan Mia sekarang ini banyak buat entri backdated. Idea itu ada tapi cuma masa itu yang tak dan nak update. Mia minta maaf kalau ada yang tertunggu-tunggu update terkini dari blog ini. Itu yang bila ada masa terluang, Mia terus balun update entri backdated (entri di set pada hari dan masa yang dah terlepas). Tidak mengapa bukan.
Mia sayang sangat kat blog ini. Tak sampai hati nak biarkan hari-hari yang terlepas itu tidak berupdate. Kat sini lah fungsi schedule >> set date and time amat penting bagi Mia.
Mia akui blogger separuh masa macam Mia ni terkadang agak sukar nak curi masa untuk mengarang dan update blog. Semangat kena kuat. Kalau tak, blog akan bersarang nanti.
Tiba-tiba terjumpa pula gambar ini dalam koleksi gambar tahun lepas handphone Mia. Masa ini memang Mia dan Shila berjanji dengan pelajar-pelajar praktikal nak pakai baju sedondon warna biru. Sporting semuanya.
Sweet je kan bila teringat kenangan lama. Apa-apa pun harap mereka tak lupa kenangan menjalani latihan industri di sini.
Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show
Pada 1 hingga 11 Disember 2016, MAEPS Serdang
11 Perkara Menarik Tentang MAHA 2016
Rasai 168 sajian makanan popular di Empayar Makanan
Lebih 100 gerai menjual buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan segar
Hampir 20 seminar dan kursus pemasaran untuk melonjakkan perniagaan anda
Agrotainmen untuk seisi keluarga di Kampung Durian Runtuh Upin dan Ipin
Kemunculan Erma Fatima dan selebriti lain di Kampung Mak Cun Tuna in the House, rumah nelayan terbalik, Kingdom of Shark, rangka ikan paus dan peluang merasai ikan termahal di Laman Perikanan
Lembu sado, perah susu, jumpa doktor vet dan pengalaman farmville di Laman Ternakan Rhythm of the Farmers menampilkan Khalifah, Wali Band, Shila Amzah, Projector Band, Man Bai, Ramli Sarip, Ebiet G Ade dan ramai lagi
Lebih 180 kenderaan di dalam MAEPS Serdang untuk memudahkan pergerakan pengunjung, seperti bas, tram, buggy dan wagon.
7,000 tempat letak kereta disediakan dalam MAEPS, 1,900 lagi di UPM dan MARDI. Untuk yang tidak mahu memandu, bas shuttle disediakan dari stesen Komuter KTM Serdang, UPM dan IOI City Mall
10,000 petugas keselamatan, lalulintas dan khidmat pelanggan sedia menawarkan bantuan kepada pengunjung
Ruang pameran lebih 6 kali ganda keluasan padang bola. Laman-laman pertanian pula berkeluasan lebih 35 padang bola!
Kemudahan pengunjung: 8 kaunter informasi, 23 surau, 670 tandas termasuk OKU, 350 gerai makanan termasuk food truck, 20 hentian tram
Our Food Our Future
Sama-sama lah kita hadir ke MAEPS Serdang pada 1 Disember hingga 11 Disember 2016. Dibuka 10 pagi hingga 11.00 malam setiap hari. [Sumber : SUA YBM MOA] jom ke MAHA 2016..
SEORANG PENGGANAS DI NEGERI SEMBILAN YG DITANGKAP dan DIPENJARA PUN MASIH SEMPAT BERBAKTI KEPADA ORANG TUANYA
Si Ujang ditangkap polis. Ujang disangka pengganas, kemudian ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.
Beberapa hari kemudian, si Ujang menerima surat dari Abahnya:
"Ujang, Abah dah tuo. Sekarang sudah musim tanam jagung, dan ekau dalam penjara pulak.
Camano ini, abah tak terdayo mencangkul dan tanam sendiri."
Si Ujang kemudian membalas surat tersebut:
"Abah, kobun jangan dicangkul dulu dan ditanam jagung. Sebabnya di kebun tu ese dah tanam senjato, peluru dan bom."
Ternyata surat balasan si Ujang ditapis oleh pegawai penjara, dan langsung dilaporkan ke unit tindakan Khas.
Besoknya, datang satu pelatun D4 ke kebun abah Ujang.
Tanpa banyak cakap, langsung seluruh kebun tersebut dicangkul hingga petang untuk mencari senjata.
Malam harinya setelah unit tindakan khas pulang, abah Ujang menulis surat:
"Jang, tadi ada polis datang.donga ee mereka mencari senjato, peluru dan bom yang ekau tanam di kobun... tapi tidak jumpo. Sekarang abah nak buat camano?"
Setelah merima dan membaca surat kedua dari Abahnya, Ujang kemudian membalas surat kedua tersebut:
"Bah, skrg kobun dah dicangkul... tanam jo la biji jagungnya."
Pegawai yang bertugas menapis surat tersebut langsung berteriak histeria: "Celako kau Ujang" 😡😁
[sumber : group whatsapp]
moral of the story... berbaktilah kepada kedua ibu bapa kita..
Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Tahun 2016
Masuk tahun ini dah tahun keempat Mia mohon jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Tahun pertama dan kedua sehingga peringkat temuduga. Tahun ketiga sehingga ke peringkat peperiksaan online. Tahun keempat ini tak tahulah macam mana. Yang penting kita dah berusaha sedaya upaya...
Malam semalam jam 8.00 malam (23/11/2016) Mia jawab peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dengan smartphone Mia. Kebetulan Mia sedang outstation, nasib baik boleh jawab dengan menggunakan handphone.
Soalannya pun dari setahun ke setahun tak banyak sangat beza. Yang susah dan mengelirukan tetap ada. Cuma kertas Daya Menyelesaikan Masalah itu perlukan kecekapan mengira dengan pantas, kalau tak memang tak cukup masa nak jawab semua.