Mood Susah Hati
Mia Liana
5/31/2013 09:06:00 pm
50 Comments
Hmmm.. minggu ini kuat betul dugaan Mia. Macam-macam masalah yang timbul. Walaupun ada yang sudah diselesaikan, tapi mood masih susah hati. Pelbagai benda bermain di benak fikiran Mia ni. Biasalah semua orang ada masalah, kan...
Mia susah hati tentang masalah kerja. Bebanan kerja di pejabat, tidaklah teruk sangat. Mood kerja sudah mula berkurangan. Hati asyik gundah gulana sahaja. Asyik fikir macam-macam, tentang itu tentang ini. Minggu depan ada kursus lagi di Kuala Lumpur (KL). Urusan nak ke KL lagi. Naik kenderaan sendiri kali ini. Tiba-tiba dapat emel ada Bengkel Agriculture Flagship di Nilai pula bermula Ahad ini. Mia tidak dapat nak pergi bengkel itu. Mia hanya pergi kursus di KL sahaja. Takut nanti penat sangat sebab terus-menerus satu minggu. Tentu letih. Memang sukar nak buat keputusan. Bukannya suka-suka, tidak mahu pergi. Kadang orang tidak faham masalah kita dan kita ini pun bukannya robot. Macam inilah kalau kerja makan gaji...
Pada masa yang sama, Mia dah mula sibuk mohon jawatan kosong sana sini. Doa setiap hari agar dapat naik ke jawatan gred 41 dan dipermudahkan segala urusan. Sedang berusaha keras ni...
Jangan risau. Hal rumahtangga dan keluarga tiada masalah. Blog pun tiada masalah.
