Selama ni kalau Mia nak masak, Mia akan tumbuk dulu rencahnya. Sambil tumbuk, meriba Sofea. Dia perhati je. Sehinggalah Isnin lepas 22 November 2010, tergerak hati Sofea nak juga cuba pegang. Seboleh-boleh nak juga. Suruh pegang guna dua belah tangan, dia tak nak. Nak juga cuba pegang guna sebelah tangan. Kira macam Fear Factor bagi Sofea. Cabaran yang harus ditempuhi. Memanglah berat, akhirnya berjaya juga tumbuk guna sebelah tangan dengan pelbagai cara nak gayakannya. Suka betul bila dah dapat buat. Lepas tu apa lagi, mengadu kat ayahnya, minta diurut dengan minyak Yu Yi.








Kali ni je Mia bagi peluang kat Sofea cuba. Lepas ni dah tak kasi lagi. Tunggu dia besar skit baru boleh tolong maknya di dapur. She's so adorable...

p/s: Aksi ini harus diselia oleh ibu bapa. Jangan biarkan anak bersendirian menggunakan lesung.