Ternyata ramai betul yang tertarik dengan entri Mia sebelum ini tentang hardware keylogger (sumber dari emel kawan). Sebenarnya, alat ini dah lama diperkenalkan tapi masih ramai yang tidak tahu lagi. Mesti ada yang tertanya-tanya tentang alat ini.

Nampak gayanya Mia pun terpanggil untuk menceritakan serba sedikit tentang alat ini. Ada 2 jenis, satu dalam bentuk software (perisian) dan satu dalam bentuk hardware (perkakasan). Bentuk hardware ini pula senang untuk dipasang.

Jom tengok gambar yang Mia ambil dari google... zass...


Perasan tak kat belakang tu? Ada alat tambahan yang dipasang dengan kabel keyboard. Alat itu boleh menyimpan maklumat yang hendak dihantar oleh keyboard ke CPU.

Senario Penggunaan
  • Ibu bapa boleh senang untuk memantau penyalahgunaan komputer yang dibuat oleh anak mereka.
  • Majikan boleh mengetahui dan mengenalpasti pekerja yang menggunakan komputer untuk kepentingan peribadi.
  • Menyimpan segala maklumat yang ditaip ke dalam komputer dan maklumat telah disimpan itu boleh diakses di mana-mana komputer
  • Boleh disalahgunakan sekiranya hendak mencuri atau mengetahui maklumat rahsia yang ditaip
  • Sangat sukar untuk dikesan melainkan dengan menyemak secara fizikal di bahagian belakang PC
  • Sesuai untuk dipasang di semua jenis Operating System selagi PC tersebut mempunyai standard USB HID (Human Interface Device)
Apa-apa pun Mia harap penjelasan yang ringkas ini dapat merungkai persoalan yang timbul di dalam entri Berhati-hati Ketika Menggunakan PC Di Tempat Awam.

Jangan risau jika terpaksa menggunakan PC di tempat awam, anda perlulah mengambil langkah yang bijak.