Alkisahnya.. selepas balik dari outstation Kuala Lumpur, hari Khamis 28 Mei 2015 pula Mia pergi dapatkan rawatan gusi yang bengkak akibat gigi geraham bongsu yang terbaring kat Klinik Pergigian Taman Universiti dengan Sofea dan Suami Mia. Pagi-pagi dah sampai dan ramai jugalah orang yang menunggu. Hari itu, tadika Sofea ada hari terbuka untuk ambil report card.

No Mia 1013 untuk Bilik No 1. Dr Ng check tempat gusi yang bengkak dan tekan-tekan rahang, pipi untuk kenalpasti tempat yang sakit di sebelah kiri dan sebelah kanan. Padahal gigi geraham bongsu Mia yang sakit tu sebelah kanan. Sebelah kiri tak lah sakit. Macam keliru sekejap tapi tak mahulah tanya Dr Ng. Puas hati dengan layanan Dr Ng. Nampak kesungguhannya check Mia dengan betul.

Kemudian Dr Ng bagi mc, senarai ubat untuk di ambil di farmasi dan borang untuk xray di Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Sultanah Aminah.


Selepas selesai checkup, Mia cepat-cepat ambil ubat dan bergegas ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Nasib tak berapa ramai orang dan Mia dapat no 0407. Kali pertama Mia alami xray menyeluruh untuk gigi-gigi Mia.


Sempat singgah tadika untuk ambil report card Sofea. Alhamdulillah, Sofea belajar pun ok dan tiada masalah. Minat aktiviti yang kreatif terutamanya melukis dan mewarna. Suka matematik. Senang bergaul dengan kawan-kawan. Overall markah exam dapat 96%. Syukur... sayangnya kat Sofea.


Bila dah tengahari, kami rehat kat rumah mertua. Memang tak larat Mia nak drive dengan keadaan yang macam tu. Nasib Suami Mia available untuk drive ke sanake sini. Selepas makan tengahari, mulalah membelek xray. Nak tahu tak... rupanya sebelah kiri bawah pun ada geraham bongsu yang terbaring. Uwaaaa... patutlah Dr Ng check sebelah kiri pipi dan rahang. Rupanya sepasang. Aduhai.. gawat ni. Makin takut lagi ada lah. Otak bergeligat fikir yang macam-macam.


Memandangkan hari Khamis, klinik pergigian tutup pada 3.30 petang. Makanya, pukul 2.00 petang kembali semula dan hantar pada jururawat yang bertugas di kaunter. Mia tinggalkan butiran yang diperlukan dan dimaklumkan Dr Ng akan tengok xray dan call Mia sendiri untuk appointment minor surgery dengan erti kata lain operate dan belah gusi... uwaaaa..

Mia terus balik rumah. Sebelum 3.30 petang, Dr Ng call Mia dan beri penerangan hasil xray tadi dan dia meminta persetujuan Mia untuk set appointment pada hari Khamis 4 Jun 2015, untuk cabut gigi geraham bongsu yang sebelah kanan dulu. Dia kata akan bagi mc 3 hari untuk berehat. Nak tak nak kena jugalah setuju walaupun hati ini berat dan masih risau. Kalau tak setuju tarikh tu.. takut nanti dapat tarikh baru yang lagi lambat. Tak sanggup nak sakit gigi time puasa dan raya ni... Kos rawatan RM50 tapi Mia akan bawa GL nanti.

Bermulalah episod debaran dan gementar sementara menanti tarikh appointment.

Doakan Mia selamat ya...

 pengalaman pertama pergi klinik pergigian kerajaan... terpaksa juga buang... uwaaaa...


Entri berkaitan :
- Sakit gigi kerana geraham bongsu
- Sibuk survey klinik gigi