Aktiviti Sofea di tadikanya minggu ini, Sofea join Program Simulasi Haji Cilik pada hari Selasa 15 September 2015 di perkarangan Masjid Kota Iskandar, Nusajaya. 

Seramai 1,100 orang murid dari 40 buah tadika swasta yang join. Seawal 7.00 pagi dah sampai tadika, sebab cikgu nak siapkan murid-murid perempuan dengan telekung dan murid-murid lelaki dengan pakaian ihram.

Banyak kali Mia pesan kat Sofea, hati-hati naik bas, duduk diam-diam dalam bas, ikut kumpulan tadika dia, dengar cakap cikgu. Mia memang risau, Sofea masih 6 tahun tapi dah outing macam ni. Terpaksa juga izinkan Sofea join, nak-nak ni program yang bagus buat Sofea secara praktikal mengerjakan haji.



Jom tengok....





Balik rumah saja, Sofea rasa suka sangat dan cerita kat Mia pengalaman dia kat sana. Alhamdulillah... syukur...

si cilik cerdik haji....