Salam semua. Rasanya belum lagi terlambat untuk Mia ucapkan Selamat Tahun Baru 2016 buat semua pengunjung blog ini.

Ada 2 pengumuman pemenang yang Mia belum buat lagi untuk Segmen Bloglist #18 dan Segmen Nak URL Blog #21. Mia akan cuba luangkan masa untuk blogwalking terlebih dahulu dan dijangka pemenang akan diumumkan dalam minggu ini.

Tentu tahu kan.. Mia sedang sibuk dengan Sofea yang baru naik darjah satu sekolah rendah di sebelah pagi dan sekolah agama di sebelah petang. Rutin harian sebelum ini dah berubah. Jadi minggu ini memang sibuk sikit.

Dan dalam pada masa yang sama juga.. fiuhhhh... yang ni memang perlukan komitmen tinggi. Mia pindah rumah supaya lebih dekat dengan pejabat Mia dan sekolah Sofea. Tengah angkat barang penting sikit demi sedikit mana yang termampu dengan Suami Mia. Maklumlah, rumah banyak barang. Last trip baru dengan lori. Renovate rumah, baru siap akhir bulan Disember 2015. Lari sedikit dari schedule sepatutnya akhir bulan November 2015.

Minta maaf banyak-banyak ya... Mia tak dapat nak update blog dalam tempoh seminggu yang lepas.

sangat rindu pada blog ini....