Lagu Muafakat Johor | Video Dan Lirik


Lagu Muafakat Johor | Video Dan Lirik


Wahhh.. siapa kat sini anak jati Johor? Hafal tak lagu Muafakat Johor? Pertama kali Mia dengar lagu ini masa mula-mula ianya berkumandang di radio, naik meremang bulu roma ini. Alunan melodi yang begitu terkesan di hati ini dengan senikata liriknya yang penuh dengan mesej. Memang best sangat lagu ini. Dengar hari-hari pun tak bosan, malah lagu patriotik ini berjaya membangkitkan semangat cintakan negeri Johor Darul Takzim.

Sofea pun dah hafal lagu ni. Apa tidaknya, dah jadi wajib untuk nyanyi di sekolah masa perhimpunan. Cari punya cari. Ada banyak kat youtube tetapi yang rasmi dan original dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Cantik videonya. Gambar tak pecah. Masa nak hafal itu, hari-hari dia buka kat youtube lagu Muafakat Johor. Secara tidak langsung, Mia pun terhafal juga.

Jom layan lagu Muafakat Johor.....


Video Lagu Muafakat Johor

Video Rasmi dan Original dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor


Lirik Lagu Muafakat Johor

Muafakat Johor jadi sandaran
Beretika menjaga warisan
Cekal menghadapi cabaran dihadapan
Berhemah dan berkemajuan

Raja dan rakyat berpisah tiada
Bangsa Johor tinggi setianya
Sanggup berkorban jiwa dan raganya
Majulah johor luaskan kuasa

Muafakat itu berkat
Muafakat itu sepakat

Muafakat itu berkat
Muafakat itu sepakat

Tegak bangsa kerana budi
Kami mendengar suara hati
Membina bangsa dan negeri
Muafakat Johor terus dihormati

Gagasan Johor berkemajuan
Bersama rakyat kita jayakan
Tidak pernah tunduk pada cabaran
Perjuangan mesti diteruskan

Muafakat itu berkat
Muafakat itu sepakat

Muafakat itu berkat
Muafakat itu sepakat

Johor tetap jadi Johor
Hidup bermuafakat
Luaskan kuasamu

Johor tetap jadi Johor
Negeri berdaulat
Luaskan kuasamu


** I love you so much Johor... luaskan kuasamu.... yeahhhh...(^_^)

Post a Comment

4 Comments

  1. assalamualaikum mia...yer la mmg sedap dengar lirik lagu ni...selalu nampak bas muafakat Johor jer...baru tahu ada lagu ni...:)
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  2. sha bukan anak jati johor tapi harap harap jodoh nanti anak jati johor lah hehe

    ReplyDelete
  3. wah.. menariknya lagu ni.. semoga negeri saya pun ada lagu mcm ni haha

    ReplyDelete