Perkongsian dari group whatsapp ngaji Mia, Tips Lepaskan Diri Dari Seksa Kubur yang boleh dimanfaatkan oleh pengunjung blog ini.

Jemput baca....



TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR
Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM

■ Jangan sekali-kali tinggalkan Al-Quran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■Rumah yg dibacakan Al-Quran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■ Jika mati orang yang suka baca Al-Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit dan malaikat-malaikat akan tahu, "ooo.. mati sudah si pembaca Al-Quran ini, mari kita solatkan rohnya".

■ Di dalam kubur, malaikat akan berlemah-lembut dengan mayat.

■ Al-Quran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi, dikafankan dan terus menemani kita di dalam kubur.

■ Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.

■ Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■ Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.

■Masa mayat duduk kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah".

■Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada al-Mulk dalam dada kita.

■Dalam kubur Al-Quran akan berkata kepada mayat, aku ini Al-Quran yg dulu kamu baca dengan suara yang lantang & mendayu.

■Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■Lepas tu baru Al-Quran akan lepaskan mayat kepada dua malaikat yg akan menyoal.

■Jangan lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

** saling berpesan-pesan...