Cuti Raya 2023

Tahun ini, selepas cuti raya ada lagi 2 hari cuti umum iaitu Hari Pekerja pada 1 Mei 2023 dan Hari Wesak pada 4 Mei 2023. Kena ada perancangan teliti untuk beraya jauh dan ambil cuti pada tarikh yang bersesuaian. Mujur hari Isnin 24 April 2023 diisytiharkan cuti umum. Syukur sangat.



Selepas buat perkiraan, cuti raya Mia tahun ini ialah 4 hari. Rabu, 19 April 2023 dah mula cuti dan balik ke kampung dengan Sofea. Lewat petang Selasa 25 April 2023, Mia balik Johor Bahru dan kemudian petang Khamis 27 April 2023, Mia balik semula ke kampung. Hari Isnin 1 Mei 2023, baru balik ke Johor Bahru semula dengan Sofea sebab esoknya dah mula sekolah 2 hari dan Khamis, cuti Wesak balik lagi kampung dengan Sofea sebelah pagi.

Nasib perjalanan pergi balik kampung satu setengah jam jika highway PLUS tidak sesak. Kalau tidak, kena cari laluan alternatif lain. Lalu jalan lama atau kawasan kampung.


** macam itulah ceritanya. pergi balik kampung di bulan Syawal ini... merapatkan silaturrahim sesama rakan-taulan dan sanak saudara....


Post a Comment

1 Comments

  1. Selamat Hari Raya Kak Mia. Maaf zahir batin semoga apa yang dirancang dipermudahkan.

    ReplyDelete