Bawa Sofea Ke Klinik Penawar

Sunday, May 10, 2015

Bawa Sofea Ke Klinik Penawar


Sofea demam mula pukul 10 malam tadi dan Mia cepat-cepat bagi ubat demam. Panas juga. Risaunya hati Mia. Sambil-sambil lapkan dia satu badan dengan tuala basah. Dah lama Sofea tak demam.

Mia tidur pun tidur-tidur ayam sebab sentiasa check suhu badan Sofea. Pukul 4.30 pagi, panas semula badan dia dan Mia berikan ubat demam dan panas badannya mula berkurangan. Tapi takleh nak leka, sebab demamnya macam on off je.

Pagi tadi terus pergi Klinik Penawar untuk dapatkan rawatan. Sempat snap sekejap dengan Sofea yang enggan nak tunjuk muka. Tengah demam moody sedikit.


Mia settlekan urusan Sofea dan hantar ke rumah pengasuh. Risau ni.. Sofea dahlah hari Rabu dan Khamis ini ada exam kat tadika dia. Cepat-cepat sembuh ya..

love her so much... 

9 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.