Karnival Sukan Tadika Johor 2015


Wahhh.. memang best ni. Sofea join Karnival Sukan Tadika Johor 2015 pada hari Sabtu 23 Mei 2015. Disertai oleh 17 buah tadika. Memang meriah sebab buat kat Indoor Sport Complex Educity, Nusajaya.

Sebelum pukul 8.00 pagi memang kena ada sebab cikgu-cikgu nak siapkan kanak-kanak tadika untuk perbarisan. Sofea pula costume dah macam ala-ala robot dan teknologi. Memang sweet.

Ada pelbagai acara sukaneka iaitu kepit bola celah peha, tarik bola menggunakan gelung, sambung-sambung straw, campak bola masuk dalam bakul, berjalan dengan pundi kacang di atas kepala, pecahkan belon, susun tin, human puzzle dan lari berganti-ganti. Acara untuk ibu bapa pun ada..

Sofea masuk acara human puzzle dan kumpulannya dapat johan. Tadika Al-Hidayah dapat johan perbarisan. Sukanya Sofea. Mia dan Suami Mia yang teruja sangat.

Jom tengok...













Alhamdulillah.. dapat juga bawa balik pingat emas. Puas hati Sofea. Yang penting ini adalah pengalaman pertama dia bersukan di kompleks sukan...


family hour...

Post a Comment

4 Comments

  1. wah bestnya sukan kanak2 ni kan kak terhibur tengok

    ReplyDelete
  2. Alololo comelnya tengok budak2 sukan. hehehe. siap ada maskot lagi !

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum mia..wah mmg meriah sekali sukan sekolah sofea ni...:)

    ReplyDelete
  4. Tahniah Sofea..mesti seronok sangat dia :)

    ReplyDelete