Bad Request Error 400 Chrome Mobile Apps

Tuesday, August 11, 2015

Bad Request Error 400 Chrome Mobile Apps


Kisah ini berlaku awal pagi semalam ketika Mia nak update blog guna dengan browser Google Chrome di handphone Mia. Selalunya waktu macam itu, Mia akan sediakan entri autopost atau pun draft entri. Sememangnya Mia amat bergantung pada handphone Mia ini 90% untuk update blog. Handphone ini Samsung Galaxy Note 3 ini tidak pernah meragam atau ada masalah.

Tetapi ketika Mia nak buat entri baru dan klik pada ikon gambar, nak masukkan gambarlah ni... tup.. tup.. keluar Bad Request Error 400. Aduhai terus terbantut niat nak update blog. Mia cuba tutup balik browser Chrome, lepas itu buka semua dan cuba buat macam tadi. Eh.. tak boleh juga. Gawat ni...

Printscreen yang Mia buat kat handphone Mia pada hari semalam jam 4.33 pagi.


Mia relaks dulu. Fikir-fikir kenapa ni.. gambar tak boleh masuk ke.. entah-entah masalah browser Chrome ini. Mungkin update terkini yang ada masalah kot.

Mia pun cuba pergi kat Settings, buka kat Application Manager dan terus cari Chrome. Mia terus uninstall updates Chrome supaya jadi kepada asal, factory setting. Lepas itu, Mia restart handphone Mia.

Lepas dah on balik, Mia buka browser Chrome, login blog dan cuba buat entri baru. Alhamdulillah, bila klik pada ikon gambar untuk upload gambar... dah tak keluar error tadi. Seronoknya dah boleh upload gambar. Syukur... Nasiblah boleh selesai juga, kalau tak boleh... hati dan jiwa ini takkan senang dan tenang.

Tak kisahlah kalau Chrome tak update pun janji blog boleh update buat masa ini. Mungkin update terkini Chrome ada crash sedikit. Mia tak pasti, kalau-kalau blogger lain menghadapi masalah yang sama dengan Mia.

Buat masa ini, Mia tak mahu update aplikasi browser Chrome di handphone ni dulu. Nak tunggu update seterusnya. Mana tahu, dah tak ada masalah error ni lagi nanti. Fikir positif...

control panik dan cuba selesaikannya dengan relaks...

9 comments:

  1. Sally guna mozilla yg ada problem ni...guna chrome langsung tak boleh bukak kak...sedihhnyaaa :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laa mozilla pun problem jugak.. sampai kena guna IE baru boleh upload gambar..

      Delete
  2. ena pon ada prob ni juga di laptop..caranya, ena buat clear browsing data di history.

    ReplyDelete
  3. Salam singgah sini kak mia...Alhamdillah akhirnya berjaya juga kak mia selesaikan masalah ni....

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mia...alhamdullilah dpt juga disettelkn masalah tu...

    ReplyDelete
  5. pernah juga jadi macam ni..lepas tu refresh balik okay dah.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Bila jadi macam ni rasa macam eerrr... tak senang duduk dibuatnya..

    ReplyDelete
  8. ok dah buat..alhmdulillah menjadi..tq mia!

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.