Bela Anak Ayam

Saturday, September 26, 2015

Bela Anak Ayam


Kat rumah family Mia ni, ada bela anak ayam satu reban. Yang menukangnya, Nabilah, adik Mia yang belajar ijazah sarjana muda di bidang peladangan kat UiTM Jasin, Melaka. Dia ada belajar kursus pendek penternakan ayam kat luar.

Makanya, teori yang telah dipelajari.. dipraktikkan kat rumah family Mia. Nak letak kat kebun rasanya tak sesuai, sebab anak ayam sangat sensitif. Bela kat depan rumah, 34 ekor anak ayam berusia antara dua minggu hingga dua bulan. Jenis spesies ayam.. ayam kampung asli, ayam bulu balik dan ayam gajah. Makanannya dedak halus campur jagung halus. Waktu malam, lampu dihidupkan untuk panaskan badan anak ayam.

Jom tengok...





Tak pasal-pasal raya haji ni, Sofea sibuk main anak ayam. Geli juga dia. Nak pegang anak ayam guna sarung tangan.

dah besar skit nanti akan dipindahkan ke reban yang lebih besar kat kebun...

10 comments:

  1. seronok kan tengok anak ayam tu Mia..selamat bergembira dengan adik2

    ReplyDelete
  2. amboii .. kemain 'ramai' anak ayam akak . kihkihh

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum mia...wah !! seronoknya sofea dpt main dgn anak ayam tu yer...:)

    ReplyDelete
  4. Bagusnya, praktikkan apa yg dia belajar..

    ReplyDelete
  5. Salam singgah malam kak mia...comelnya anak -anak ayam tu...

    ReplyDelete
  6. Suka tengok.. kalau kat kampung ni suka menyakat anak2 ayam.. pehtu kena kejar dengan ibunya.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. Dulu dulu masa okje kecik mak abah adalah jugak bela ayam ni. Sekarang ni susah nak jumpa reban. Mesti adik Mia tu rajin berkebun dan berternak kan

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.