Misi Bantu Mangsa Bencana

Tuesday, January 12, 2016

Misi Bantu Mangsa Bencana


Alhamdulillah... selesai juga misi Mia dan Suami Mia malam ini. Baru sebentar tadi kami memberi bantuan pada mangsa bencana di Dewan Serbaguna Tarom berhadapan dengan Hospital Pakar Abdul Samad.

Kebetulan memang sedang pindah rumah. Makanya, balik kerja petang tadi terus operasi mengasingkan pakaian dan barang-barang yang tidak dipakai lagi. Masih elok dan dimasukkan ke beg plastik hitam besar. Penuh belakang kereta Mia dengan tempat duduk belakang diturunkan.






Mia tempek sini perkongsian dari sosial media...

Kami (WE LOVE CHARITY TEAM JB) sgt2 memerlukan bantuan anda.. Kalau sesiapa yg ada baju2 terpakai boleh lah hantar kan ke Dewan Tarom dgn kadar segera utk di agihkan pada 25 buah keluarga mangsa kebakaran di Jalan Kebun Teh semalam.. 

Tolong 📢📢📢 ye.
KREW WLC JB AKAN KE TEMPAT PENEMPATAN MANGSA KEBAKARAN DI JOHOR BAHRU UNTUK MENGAGIHKAN MAKANAN DAN MINUMAN.

JIKA ANDA BERADA DI JOHOR BAHRU BOLEH DERMAKAN KEPERLUAN SEPERTI :
1. TOILETRIES
2. SELIMUT
3. PAMPERS
4. BAJU TERPAKAI
5. BARANG-BARANG KEPERLUAN YANG DI RASAKAN SESUAI

HUBUNGI PENGURUS WLC JB SURYIA 012 755 8537

SEMOGA DENGAN BANTUAN KECIL INI DAPAT MERINGANKAN BEBAN MANGSA KEBAKARAN.

JOHOR BAHRU: Kira-kira 25 kediaman hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan Kebun Teh, di sini, malam ini.

Kebakaran yang memakan masa hampir dua jam untuk dikawal itu, menjadi igauan kepada 155 mangsa yang mendiami rumah-rumah berkenaan.

Ketua Operasi, Penolong Pengarah Bahagian Kebombaan dan Penyelamatan, Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya mula menerima panggilan pada Jam 5.18 petang.

Katanya, meskipun kebakaran berkenaan melibatkan berpuluh buah rumah musnah dijilat api, namun tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan.

"Operasi untuk mengawal kebakaran mengambil masa yang lama ekoran pihak bomba berhadapan masalah bekalan air dan kedudukan rumah yang rapat2 menyebabkan api marak dan mudah merebak.

"Namun, bantuan lori tangki air dari Balai Bomba Kulai dan Taman Universiti menyelesaikan masalah terbabit dan api mula dikawal pada jam 7.49 malam," katanya ketika ditemui selepas operasi pemadaman api selesai.

Katanya, seramai 62 anggota termasuk pegawai dari lima balai bomba iaitu Johor Bahru, Johor Jaya, Tebrau, Taman Universiti dan Kulai bertindak memadam kebakaran berkenaan selain dibantu 15 anggota polis.

"Nilai kerugian masih lagi belum diketahui dan pihak kami masih lagi dalam usaha mengesan punca sebenar berlakunya kebakaran," katanya.

-Sinar Harian

sedikit sebanyak dapat juga memberikan sumbangan.... 

9 comments:

  1. assalamualaikum mia...in sha Allah.. bantuan walaupun sedikit tapi ianya begitu bermakna..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...

    ~Admin : My New Blogger~
    http://munirahmustafar84.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan mereka dan Mia sekeluarga.

    ReplyDelete
  4. Boleh collaborate dengan babybox untuk bantuan barangan kepada bayi yang memerlukan ni Mia

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah .semoga Allah murahkan rezeki sis. Amiinnn

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dapat membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.