image Sukaneka Tadika Ilham Sarjana - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Saturday, 6 April 2013

# Family Matters

Sukaneka Tadika Ilham Sarjana

Sukaneka Tadika Ilham Sarjana

Hari ini, Sabtu 6 April 2013 adalah hari Sukaneka Tadika Ilham Sarjana. Kami sekeluarga, Mia, Suami Mia, Mak Mia dan Sofea hadir dan masuk pelbagai acara yang disediakan. Majlis bermula dari waktu pagi sehinggalah waktu tengahari.

Alhamdulillah, dapat juga kami menggondol hadiah dalam acara-acara berikut :
  1. Johan lumba makan biskut (biskut dari dahi turunkan dan masukkan ke dalam mulut) - Suami Mia
  2. Johan boling kelapa - Mia
  3. Naib Johan boling kelapa - Mak Mia
  4. Johan baling belon berisi air - Mia dengan Mak Mia
  5. Naib Johan pancing botol dan masukkan air dengan span ke dalam botol - Suami Mia, Mia dan Sofea
  6. Tempat ke 3 bola beracun - Sofea
  7. Cabutan bertuah - sanyo frying pan
Acara yang tidak berjaya :
  1. Kupas kulit kentang - Mak Mia
  2. Pertandingan mewarna - Sofea
  3. Bawa bola ping pong dalam sudu - Sofea
  4. Boling kelapa - Suami Mia
Jom tengok gambar-gambar kami... zasss...

Mia dengan Sofea.

Suami Mia dengan Sofea.

Hadiah cabutan bertuah.

Banner sukaneka yang comel.

Suami Mia, Johan lumba makan biskut. Bukan senang nak turunkan biskut dari dahi ke mulut.

Cubaan boling kelapa. Pilih kelapa yang sesuai.

Mia, Johan boling kelapa. Dapat jatuhkan 13 botol air.

Mak Mia, Naib Johan boling kelapa. Dapat jatuhkan 12 botol air.

Suami Mia tidak berjaya dalam boling kelapa. Balingan tersasar.

Sofea dapat tempat ke 3 bola beracun. Suka sangat bila dapat piala.

Mia dengan Mak Mia, Johan baling belon berisi air. Mia baling belon pada Mak Mia. Nasib baik belon tidak pecah.

Hadiah hamper, cabutan bertuah dan piala.

Hadiah cabutan bertuah - sanyo frying pan.

Gembiranya kami sekeluarga dapat pulang dengan hadiah yang sebanyak ini. Memang betul-betul tidak disangka. Syukur sangat....

mood ceria sekeluarga...

48 comments:

  1. dh lame xpergi sukaneka...sonok tgk budak2 tu, trase jugak nak balik jd budak2 kecik :)

    ReplyDelete
  2. seronoknya bersukaneka ni.. meriah sungguh lg2 tengok hadiah yg dimenangi kak mia sekuarga. mesti sofea happy sgt kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... sofea memang suka sangat.. dah balik siap belek2 piala2 dia tu...

      Delete
  3. alololo....meriahnya sukan sofea.banyak gak yang sis ngn family menang kan.

    ReplyDelete
  4. Cayalah mak mia. sporting masuk acara bowling kelapa..;)

    ReplyDelete
  5. Dapat hadiah Sanyo frying Pan pun ok juga kan, boleh buat masak durian crepe tak pun lempeng kelapa pun sedap juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak lyn.. dapat juga menambah koleksi kuali di dapur... ;)

      Delete
  6. Amboi meriahnya..patutlah anak bagitau tadi ada khemah dan ramai orang kat tadika ilham sarjana.

    ReplyDelete
  7. Wah seronoknya dapat gondol banyak hadiah yek Mia sekeluarga..tahniah!

    ReplyDelete
  8. hehe bestnye tgk..dh lama tak bersukaneka lps sekolah..huhu byk hadiah dpt tu..:))

    ReplyDelete
  9. wahhhh banyaknya adiah... best lah. sambil suka2 dapat eratkan hubungan sesama keluarga =)

    ReplyDelete
  10. wah...... bestnya... eh2, tiba2 r rasa nak main juga..

    ReplyDelete
  11. huishhh byk acara yg menang tu...mesti best ni....

    ReplyDelete
  12. Comel sangat sofea..saya suka tengok sofea..hehe..Muka sofea macam familiar je. Wahh..seronoknya sukaneka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih aini... memang seronok... happy je semua orang...

      Delete
  13. alahaiii , comel sangat sofea . nampak macam manja :)

    ReplyDelete
  14. mmg mantap kak mia menang banyak hadiah

    ReplyDelete
  15. Hebat jugak anak beranak mia ni....kaki sport hehe

    ReplyDelete
  16. banyaknya hdiah dapat bawak balik.. :)

    ReplyDelete
  17. Wah, bestnya! Tahniah buat Mia sekeluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. best sangat masa ni... dapat kumpul hadiah sebanyak mungkin untuk sofea. terima kasih ya kak salmi..

      Delete