Persediaan Nak Outstation Lama Bila Anak Dah Sekolah

Monday, January 18, 2016

Persediaan Nak Outstation Lama Bila Anak Dah Sekolah


Tahun 2016 ni, baru kali pertama Mia nak outstation lama mula hari ini.. 3 hari 2 malam kat Ampang, Kuala Lumpur.

Masih dalam proses tuning sekolah Sofea. Berat hati ini nak tinggalkan Sofea lama. Tapi apakan daya dah komitmen kerja kenalah laksanakan.

Macam biasa kalau nak outstation, Mia akan tidur awal dan bangun awal nak siapkan barang dan pakaian Sofea. Selama ini, Mia akan letak Sofea kat rumah Mertua. Kadang kat kampung Mia, masa tadika dulu.

Agak risau takut tersalah pakai baju, jadi Mia tagging selepas gosok supaya Mak Mertua senang nak ambil. Ya lah... baru darjah satu, takut terkeliru. Hari Selasa dan Rabu Sofea pakai baju senam untuk sekolah rendah. Buat permulaan je tagging macam ni. Nanti dah biasa, dah tak perlu lagi.



Semalam hujan lebat waktu tengahari masa hantar Sofea ke sekolah agama, basah lencun kasut Sofea. Makanya lepas balik mengaji, terus beli kasut kedua buat backup.

Siap dicuci

Hari ini pakai yang baru

Tu lah... dah jadi mak ni, macam-macam yang perlu dibuat. Lagilah nak outstation dan tinggalkan anak sekolah lama-lama. Lebih selesa uruskan anak sendiri. Bila outstation memang perlu bantuan Suami dan Mak Mertua... untuk uruskan Sofea di rumah dan pergi balik sekolah serta ngaji.

Kalau oustation seminggu pun dah tak ada masalah. Sofea ada 5 pasang baju kurung sekolah (tempah punya, yang instant saiz tak sesuai), 2 pasang baju senam (2 hari pj dalam seminggu), 5 helai tudung sekolah agama dan 5 helai tudung sekolah rendah.

terus update kat blog... hihihi.. tumpang tanya, blogger lain macam mana ya uruskan anak sekolah bila outstation lama?

13 comments:

  1. sy pn risaukan benda mcm ni...lebih2 lg anak-anak sy dua2 dah sekolah...pasal pakaian x risau sbb sorang lelaki n sorang ppuan...tp yg risaunya nak biar papa dorg handle...tp utk masa skrg ni blum ada panggilan outstation dkt mana2...maybe bln 2 ni akan bermula la sesi keluar stesen ni huhu

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum mia..bagus nyer...untung sofea ada mama yg siapkan semuanya walaupun nak pi outstation...itulah kasih syg seorg ibu terhadap anaknya...:)

    ReplyDelete
  3. wah..awal awal dah siapkan semua dah..hehe

    ReplyDelete
  4. Kerja luar atau tidak, rutin tetap sama.. Baju memang dah siap digosok untuk stok seminggu untuk sekolah pagi dan petang. Jadi takdelah ralat sangat.

    ReplyDelete
  5. haah kan dah jadi mak ni bila anak dh skolah mcm ni lah.. siapkan bj anak utk seminggu tu 1 keperluan... ehh, blum outstation lg tahun ni..

    ReplyDelete
  6. anak tak skolah lagi.. hehe but cara kak mia ni praktikal jugak.. INshaa Allah bermanfaat untuk saya...hehe

    ReplyDelete
  7. Terbaiklah kak mia..sistematik...memudahkan urusan..

    ReplyDelete
  8. Senangla kja kan mak mertua akak..smua da ready kan

    ReplyDelete
  9. Senang lah kerja mak mertua dan sofea nanti...semua dah di siapkan oleh kak mia....

    ReplyDelete
  10. salam , bagus cara kak mia! memudahkan kerja yang lain! :)

    ReplyDelete
  11. begitulah rutin harian bila dah jadi mak yang ada anak sekolah, mak pula bekerja ...

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.