Sweetie Pinky Carrom Striker



Comel tak sweetie pinky carrom striker Mia ni? Al-kisahnya Mia baru beli pada bulan Januari 2017 yang lepas sebagai persediaan untuk Sukan MOA 2017 di awal bulan Februari kat Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

Sukan MOA atau Sukan Tani berlangsung setiap 2 tahun. Tahun 2015 kat Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan. Kisahnya di SINI dan SINI.

Masa itu Mia baru mula berjinak dengan indoor game.. carrom. Kebetulan ada kosong dan Mia terus join wakil ofis Mia. Striker dulu ada di SINI. Dapat ramai kenalan dari pelbagai agensi di bawah Kementerian Pertanian Industri Asas Tani Malaysia. Nak buat macamana, Mia ni terlebih peramah. Jadinya Mia dah berazam kalau dapat join sukan tahun 2017, Mia memang nak beli striker baru yang lebih professional dan boleh guna sampai pencen... hihihi..

Itulah serba sedikit sejarah Mia di dunia karom. Selepas striker ni sampai di ofis, Mia mula berlatih dengan  rakan satu ofis. Bulan Januari lepas memang sangat sibuk dengan komitmen kerja dan sukan serentak dengan Sofea naik sekolah lagi. Memang tak cukup tangan.

Suka sangat dengan striker ni lebih ringan dan mudah dijentik. Order online.. customade.. handmade.. Sangat susah nak masuk dalam lubang sebab dia leper. Syukur sangat impian 2 tahun lepas dah tercapai.


** sesekali kita bersukan....

Post a Comment

10 Comments