Lawatan Ke Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Kluang

Sunday, March 12, 2017

Lawatan Ke Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Kluang



Pada hari Khamis 2 Mac 2017, Mia dengan blogger Mar dan blogger Yaya selaku wakil dari team JDT Blogger telah buat lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Kluang (PKAYIK) untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang persediaan bagi Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim pada hari Sabtu, 4 Mac 2017.

Kami membentangkan slide presentation pada staf PKAYIK yang terlibat dengan program ini. Slide presentation disediakan oleh blogger Hernee. Banyak yang telah dibincangkan tentang perjalanan dan susunatur program. Lokasi utama iaitu Dewan Ikhlas dan Dewan Makan. Aktiviti yang hendak dijalankan ialah gotong-royong, penyampaian sumbangan dan sambutan hari lahir.


Dewan Ikhlas



Dewan Makan


Bersama pengetua dan pengasuh puteri


Pada hari esoknya, team JDT Blogger yang lain dah boleh masukkan barang-barang sumbangan dan persediaan susunatur kerusi, meja, banner, decoration di Dewan Ikhlas dan Dewan Makan seperti yang dirancang.


Sebelum balik, sempat selfie dengan blogger Mar, padahal dalam hati ini bimbang juga takut program tidak berjalan lancar. Namun, persediaan rapi telah dibuat oleh semua ahli team JDT Blogger. Moga usaha murni kami ini akan berjaya. 

** masa itu memang sibuk dengan persediaan program kebajikan pertama team JDT Blogger..

6 comments:

  1. Alhamdulillah.. Semuanya berjalan lancar dengan adanya akak.. Thanks tau..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah thanks mewakili kami2 yang tak sempat menjengah awal..

    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah ...semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mia...alhamdullilah semuanya berjln lancar...mekacih pd semua team jdt blogger...:)

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

Top Supporters February 2017